Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal October 3, 2019 @ 8:52am

Api Marak Menjulang Ke Langit Pusat Kualiti Alam Terbakar

 Suasana cemas tercetus sejurus bunyi letupan disusuli bunyi alat penggera, menyebabkan para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamat diri dalam kejadian kebakaran sebuah stor di Pusat Kualiti Alam, di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari 2 Oktober 2019

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Abd Rahman Ali berkata kira-kira 80 peratus daripada stor berkeluasan 120 X 400 kaki persegi musnah dalam kebakaran itu, yang berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.21 petang.

Beliau yang mengetuai operasi bersama 47 anggota lain berkata kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam, yakni sebuah fasiliti yang mempunyai lesen untuk menguruskan 76 daripada 77 kategori pembuangan berjadual.

“Operasi pemadaman disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban, Nilai dan Port Dickson. Ia juga turut dibantu oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT). Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu semasa menceritakan detik-detik cemas​​​​​​, seorang pekerja pembersihan warga Nepal, Santosh, 26, ketika ditemui di tempat kejadian berkata beliau yang sedang berehat ketika itu, terkejut apabila mendengar beberapa bunyi letupan yang kuat.

“Kami semua lari bertempiaran keluar dari sana sebaik mendengar bunyi penggera keselamatan, lari sehingga kira-kira 2 kilometer ke jalan utama.

“Sebelum ini majikan kami sering berpesan jika kecemasan berlaku, kami diminta keluar dari kawasan kilang… pengawal keselamatan di sini juga ada minta kami semua keluar dari kawasan itu,” katanya.

Seorang pemandu lori yang enggan mendedahkan namanya pula berkata pada mulanya ia melibatkan kebakaran kecil sahaja, dengan ada pihak bomba dilihat melakukan kerja-kerja pemadaman, dan menurutnya keadaan ketika itu masih terkawal.

“Saya kemudiannya keluar makan tetapi tidak sangka pula api merebak dengan pantas dan terpaksa meminta bantuan daripada jabatan bomba yang lebih ramai. Sebaik saya mahu balik ke tempat kerja, pengawal keselamatan sudah tidak benarkan kami masuk kerana keadaan berbahaya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Rupanya Dah Kahwin! Bunga Dah Setahun Bergelar Isteri Kepada Komposer

Wahh, dalam diam ek Bunga. Apapun, tahniah!

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Suami Bella Dally Diserang Virus Influenza

Suhu badannya juga agak tinggi dan perlu pemerhatian doktor sehingga pulih.

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Belum Sempat Bulan Madu, Pekin Ibrahim Rancang Bawa Isteri Ke Santorini

Insha Allah kalau ada rezeki masa terdekat, saya akan usahakan…

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Kilafairy “Belanja” Apa Pula Kali Ni?

Tapi, Kilafairy memang seksi pun…

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

error: Content is protected !!