Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal October 6, 2019 @ 1:06pm

Ambil Perhatian Lokasi Pelancongan Hanoi Kawasan Bebas Rokok

Beberapa lokasi pelancongan utama di Hanoi akan menjadi kawasan bebas asap rokok mulai bulan ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Larangan itu turut dikuatkuasakan di beberapa hotel dan restoran, denda akan dikenakan jika gagal mempamerkan papan tanda atau notis dilarang merokok dengan jelas.

Destinasi itu termasuk mercu tanda terkenal seperti Kuil Ngoc Son, Kuil Ba Kieu, Muzium Sejarah Vietnam, Muzium Revolusi Vietnam, Pagoda Quan Su, Pagoda Ba Da, Opera House Hanoi, Katedral St Joseph dan Perpustakaan Nasional Vietnam.

Ketua Pejabat Kesihatan Daerah Hoan Kiem, Pham Thi Thanh Nhan, berkata larangan berkuat kuasa sehingga akhir tahun dan lebih banyak tempat akan dipasang papan tanda larangan merokok.

Mereka yang ditangkap kerana merokok di kawasan larangan akan didenda antara 100,000-300,000 VND (US$4.3-13), sementara restoran yang gagal mempamerkan notis larangan merokok didenda antara 3-5 juta VND (US$ 129-216).

Penggunaan tembakau adalah punca utama penyakit paru-paru, terutamanya kanser paru-paru dan penyakit obstructive pulmonary yang kronik.

Di Vietnam, nisbah pesakit kanser paru-paru di kalangan perokok sebanyak 96.8 peratus. Asap rokok juga menyebabkan penyakit paru-paru kepada kanak-kanak.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Apr 2026

Soal Kahwin Perlukan Masa, Zul Ariffin ‘Pasang Target’ Tamat Zaman Bujang Sebelum Umur 50 Tahun

Pelakon Zul Ariffin mengakui usianya yang bakal mencecah 40 tahun ketika ini amat sesuai untuk mendirikan rumah tangga atas faktor kematangan dan kestabilan ekonomi.

Featured Tue, 22 Oct 2024
Featured Thu, 16 Mar 2023
Sihat Sat, 28 Sep 2019
Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terpaksa Bohong Ibu Bapa, Amir Masdi Dedah Pernah Buat Show Tidak Berbayar

Allahu kesiannya.. Tak baik ambil kesempatan macam tu..

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Muka Mommy Dia” – Genap Sebulan, Ayie Floor 88 Kongsi Wajah Puteri Sulung

Menyambut kelahiran puteri sulung pada bulan lalu, Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie dan isteri kini berkongsi wajah anak pertama selepas sebulan dilahirkan. Menerusi perkongsian di laman Instagram, bayi sulung itu diberi nama Nayla Amanda Binti […]

Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Mon, 19 Apr 2021

500,000 Guru Akan Diberi Keutamaan Vaksin

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar golongan pendidik akan diberi keutamaan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Beliau berkata guru-guru akan diberi keutamaan yang sama seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) […]

Trending Wed, 9 Sep 2020

Covid-19 : Kedah Medical Centre Ditutup

Ianya sebagai langkah pencegahan..

error: Content is protected !!