Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal October 16, 2019 @ 9:19am

Tiada Undang-Undang Sekat Majikan Ambil Wanita Hamil Bekerja – Mahfuz

Tiada sebarang undang-undang memperuntukkan majikan untuk tidak mengambil wanita hamil bekerja, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun berkata aduan boleh dibuat kepada kementeriannya jika berlaku diskriminasi jantina dalam permohonan pekerjaan.

“Kami akan bertindak menghubungi pihak majikan dan membuat perundingan dan memberi nasihat supaya perkara sebegini tidak berlaku,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai langkah memastikan tiada wanita didiskriminasi di sebalik cadangan kerajaan melaksanakan cuti bersalin 90 hari bagi wanita bermula 2021.

Kepada soalan asal Nurul Izzah mengenai usaha melindungi pemohon kerja daripada segala bentuk diskriminasi, Mahfuz menjelaskan kementerian komited untuk melaksanakan garis panduan agar ini tidak berlaku di tempat kerja.

Kementerian, katanya, dalam tindakan menyemak peruntukan undang-undang pekerjaan iaitu khusus berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan dimasukkan dalam cadangan pindaan Akta 265 (Akta Kerja 1955).

Jelasnya, ia merangkumi diskriminasi berasaskan jantina, agama, bangsa, ketidakupayaan, status perkahwinan, bahasa, dan kehamilan.

“Selain itu, diskriminasi melibatkan terma dan syarat pekerjaan dalam kontrak perkhidmatan turut dilarang,” tambahnya.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 21 Dec 2019
Fab Foodies! Tue, 9 Apr 2019

Feel the Tickles When You Feast in The Laughing Fish by Harry Ramsden

Something fishy is going on in Resorts World Genting because people are laughing non-stop!

LIFESTYLE Wed, 25 Jul 2018

Tips Duduk Rumah Baru

Tidak salah mengamalkan tips diatas apabila memasuki rumah baru.

LIFESTYLE Wed, 9 May 2018

‘Checklist’ Persediaan Bulan Puasa

Bulan Ramadan bakal menjelma tiba sudahkah anda bersedia untuk menjalaninya. Ini dikongsikan  ‘Checklist’ Persediaan Bulan Puasa  1. Perbanyakkan doa dan taubat Berdoalah sentiasa agar kita dipanjangkan umur untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan dikurniakan kesihatan […]

LIFESTYLE Sun, 11 Nov 2018

5 Petua Tradisional Cantikkan Wajah

Ini diantara 5 petua yang diamalkan orang -orang dulu 

LIFESTYLE Wed, 4 Dec 2019

Braces; What Is It? Who Should Wear Them? And How Long Should It Be Worn?

Here’s 101 guide for braces beginners! You might want to read this first before getting yours!

LIFESTYLE Wed, 21 Nov 2018

Here are 3 Travel Destinations You Can Visit for New Year’s Eve

Not sure where to go yet for New Year’s Eve? You could find some inspiration here.

Fab Foodies! Wed, 8 Jan 2020

「食在欢喜」送福又送爱!推出限量版添财添喜新春碗筷组

茱莉蛋卷今年以「食在欢喜」为主题,用蛋卷作为人与人之间的桥梁,传递欢喜、幸福,发放正能量,同时配合活动送出限定的添财添喜的新春碗筷组。

FESYEN Thu, 8 Aug 2019
Fab Foodies! Tue, 15 May 2018

烦就想大吃?1张图秒懂「瘦离你好远」……

你常因为心情不好而大吃大喝吗?这样是不对的!不论什么年龄,都会经历情绪影响饮食的阶段,尤其是完美主义者更容易沦为「情绪型饮食」……

error: Content is protected !!