Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal October 20, 2019 @ 1:02pm

Semak Skim i-Suri Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

Berita baik buat golongan suri rumah apabila kerajaan memutuskan untuk meneruskan Bantuan iSuri KWSP seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini. Insentif ini dapat memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Bagi golongan suri rumah yang layak, mereka bakal memperolehi sumbangan kerajaan sebanyak RM200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya. Mereka juga boleh membuat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang ditetapkan. Selain itu, mereka juga berhak menerima dividen tahunan KWSP dan bantuan kematian sebanyak RM2500.

Bagi mendapat manfaat daripada iSuri KWSP ini, hanya diri sendiri iaitu isteri dan suami kepada pasangan yang layak sahaja dapat mencarum di bawah insentif iSuri.

Antara syarat kelayakan ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau Rm60 setahun ke dalam akaun KWSP

Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang berikut:

  • Mykad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Sumber: Semakan Online / KWSP i-Suri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 19 Mar 2025

“Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah” – Syed Saddiq

yed Saddiq menegaskan dia tidak akan sama sekali menggadaikan prinsip  dan menjual maruah diri meskipun menerima ujian sejak tahun 2020.

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

“Jongkong Emas Palsu?? Apa ni?” – Putra Amaris

“Apa ni? Saya tidak tahu menahu pun!,” dedah pelakon Putra Amaris yang didakwa terbabit dalam penjualan jongkong emas palsu. Menerusi Instagram miliknya, Putra Amaris menafikan dirinya terbabit dalam urusan jual beli jongkong emas seperti yang […]

Featured Thu, 25 Aug 2022

Dedah Tidak Miliki Akaun Media Sosial, Que Haidar Dipuji Pandai Didik Anak! Netizen Pula Terpukau Lihat Kecantikan Mereka

Masya-Allah cantik bethol anak-anak dara Que Haidar ni 😍 Macam princess min tengok!

Featured Mon, 28 Jul 2025
Hiburan Wed, 20 Dec 2023
error: Content is protected !!