Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal October 24, 2019 @ 12:17pm

Ada Sebab Kenapa Jangan Beri Ubat Dekat Anak Guna Sudu

Pengambilan ubat secara berlebihan akan memberikan kesan kepada tindak balas tubuh badan manusia. Ubat biasanya digunakan untuk menyembuhkan penyakit ataupun mengurangkan rasa sakit yang ditanggung oleh seseorang. Namun penggunaan ubat tidak mengikut sukatan yang dibenarkan akan memudaratkan kesihatan.

Ramai ibu bapa yang menggunakan sudu sebagai penyukat untuk memberikan ubat kepada anak-anak. Ianya dilihat mudah. Namun, kesan ini mungkin akan berlaku kepada anak-anak terutama apabila sukatan ubat yang diberi adalah lebih dari sukatan yang dibenarkan. Ikuti penulisan Hello Doktor dibawah untuk maklumat lanjut.

Adakah anda menggunakan sudu untuk mengukur ubat cecair

Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda sebenarnya boleh atau tidak menggunakan sudu untuk mengukur dos ubat cecair? Kebanyakan ibu bapa pasti pernah menggunakan cara ini terutamanya ketika memberi anak ubat batuk atau selesema jenis cecair. Dan ketika itu, anda mungkin menganggap ia adalah normal. Namun demikian, kajian ini mungkin akan mengubah persepsi anda. Sebaiknya, jangan guna sudu untuk beri anak ubat.

Dalam kajian yang dijalankan untuk melihat cara ibu bapa mengukur ubat cecair, para pengkaji mendapati bahawa 39% daripada ibu bapa salah mengukur dos ubat yang mereka mahukan dan 41% lagi salah mengukur ubat yang doktor preskripsikan. Selain itu, ibu bapa yang menggunakan sudu untuk mengukur ubat juga cenderung tersalah dos sebanyak 2 hingga 3 kali dan tidak mengikut preskripsi doktor sebanyak 1 hingga 9 kali.

Kesan jangka masa panjang beri ubat kepada anak menggunakan sudu

Dalam kajian terbaharu, seramai 200 individu dinilai. Mereka diminta untuk menuang 5 ml dos ubat selesema – bersamaan 1 sudu teh, ke dalam sudu yang pelbagai saiz. Kemudian, mereka akan ditanyakan sama ada mereka yakin atau tidak dengan ubat yang telah dituang tersebut.

Keputusannya, sebanyak 11,6% kes terlebih dos berlaku pada sudu yang bersaiz besar dan 8,4% kes yang menggunakan sudu bersaiz sederhana pula terkurang dos. Ia masih berlaku walaupun individu tersebut sudah amat yakin mengenai dos ubat yang dituang mereka.

Menurut Dr. Ian Paul yang merupakan seorang pensyarah Jabatan Ubat dan Kanak-kanak di Penn State College, Amerika Syarikat, amaun ubat yang dituang ke dalam sudu memang tidak akan tepat. Ketidaktepatan dos ini akan membuat kanak-kanak lebih berisiko terlebih dos atau terkurang dos ubat. Ini kerana setiap ubat yang dipreskripsikan adalah berdasarkan kepada berat badan, kondisi kesihatan dan umur kanak-kanak.

Kanak-kanak juga adalah lebih sensitif berbanding individu dewasa. Oleh itu, sebarang kesilapan dalam dos ubat boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang serius seperti kes keracunan ubat yang pernah terjadi akibat salah dos ubat.

Apa yang ibu bapa perlu buat?

Untuk lebih yakin dan selamat apabila memberikan ubat kepada anak, jangan guna sudu. Sebaliknya, guna tutup botol pengukur atau picagari untuk mengukur dos ubat. Atau, anda juga boleh meminta kepada doktor sudu yang telah dicipta khas untuk mengukur dos ubat. Selain itu, anda juga boleh meminta doktor menukar arahan ketika memberi anak ubat daripada penggunaan sudu kepada penggunaan ukuran ml untuk mengelakkan kesalahan dalam pemberian dos ubat kepada anak.

Sumber:iamlejen.com Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
LIFESTYLE Wed, 21 Feb 2018

法国「最危险的公路」一天只会浮出海面2次

法国格伊斯通道(Passage du Gois)是一条被誉为「世界上最危险的公路」因为它一天里只会出现2次,剩下的时间都在海面下;全长约4.5公里,从滨海博瓦(Beauvoir-sur-Mer)链接到外岛Noirmoutier。

FESYEN Sat, 3 Mar 2018

Labuhkan Balik Tudung Dan Henti Jual Tudung Singkat, Lofa – Dr Norsaleha

Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

LIFESTYLE Wed, 23 May 2018

Dr Siti Hasmah’s Handbag is NOT Marie Claire but is Hamano

Hamano handbags cost much more than a Marie Claire handbag.

LIFESTYLE Thu, 28 Nov 2019

IMAGINATRICKS杂技大汇演迎新阵容!二著名团队加入表演行列

IMAGINATRICKS杂技大汇演第二季新阵容终于登场!

Automobile Tue, 7 Aug 2018

Nak Bergaya Dengan Kereta Baru? Perkongsian Ini Mungkin Buat Anda Berfikir Semula

Peganglah pada pepatah yang berbunyi ‘Ukur baju di badan sendiri’. Jangan pasang niat nak bergaya saja dengan membeli di luar kemampuan pula ya.

LIFESTYLE Wed, 26 Sep 2018

Thinking of a Road Trip but Not Sure Where to Go? Check These Routes Out

They’re curated specifically based on people’s interests.

LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

Adorable Disney Yukatas Now For Sale

Blending urban and traditional cultures together effectively.

Fab Foodies! Mon, 22 Jul 2019

暴饮暴食纾压!英研究:收入低容易胖

「肥胖」和收入有关系吗?

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kekal Langsing Dan Miliki Kulit Cantik

Ozlynn tetap langsing dan wajahnya tiada pernah ada masalah kulit.

error: Content is protected !!