Euforia Bola 2026
Automobile By: SGMS Faida August 7, 2018 @ 1:56pm

Nak Bergaya Dengan Kereta Baru? Perkongsian Ini Mungkin Buat Anda Berfikir Semula

Tengok kereta mewah meluncur laju di jalan raya, mulalah kita berangan nak dapatkan kereta sama. Peganglah pada pepatah yang berbunyi ‘Ukur baju di badan sendiri’. Jangan pasang niat nak bergaya saja dengan membeli di luar kemampuan pula ya. Sedikit peringatan menarik tentang hal yang perlu anda fikirkan sebelum membeli sebuah kereta.

Hadam dengan baik yer…

Ini antara kos bagi memiliki sebuah kereta:

  1. Bayaran ansuran bulanan

Majoriti pembeli kereta akan membuat pinjaman bank. Mungkin ada yang membeli secara tunai tapi tak ramai.

Sebelum buat pinjaman, fikirkan setiap bulan wang gaji perlu diperuntukkan untuk membayar hutang tersebut. Jika diikutkan pengurusan kewangan 30:10, 30% daripada gaji boleh diperuntukkan untuk bayaran hutang. Tapi, takkanlah nak gunakan sepenuhnya 30% untuk bayaran ansuran kereta sahaja kan?

Yang paling penting, ansuran bulanan itu haruslah tidak membebankan dan mampu dibayar.

Jika bayaran ansuran bulanan tertunggak, kereta boleh ditarik balik dan nama boleh disenarai hitam.

Walaupun kereta dilelong pihak bank, mungkin hasil lelongan tidak mampu menampung baki hutang yang masih ada.

Akibatnya, baki hutang masih perlu dijelaskan, nama telah disenaraihitamkan, rekod kredit menjadi tidak elok dan ini akan menyukarkan urusan permohonan pinjaman/pembiayaan yang lain.

  1. Bayaran minyak petrol

Kereta bergerak bukan menggunakan air, tetapi minyak petrol.

Harga minyak pula bergantung kepada pasaran, ada masanya murah, ada masanya mahal.

Walaupun murah atau mahal, kos untuk minyak petrol tetap perlu dikeluarkan.

  1. Cukai jalan & perlindungan insurans/takaful

Setiap tahun, cukai jalan dan perlindungan insurans/takaful perlu diperbaharui.

Semakin tinggi nilai kereta, semakin tinggi bayaran perlindungan insurans/takaful yang perlu dikeluarkan.

  1. Kos Servis

Kereta mempunyai banyak komponen yang bergerak, jadi perlu diselenggara dengan berkala supaya dapat berfungsi dengan baik. Minima, setiap 6 bulan atau 2 kali setahun.

Semakin lasak dan kerap kereta diguna, semakin kerap penyelenggaraan yang perlu dibuat. Sudah tentu, kos pula sudah semestinya akan semakin tinggi.

Itu baru diambil kira penyelenggaraan asas seperti menukar minyak hitam, minyak gear, pencucuh api dan penapis minyak. Belum dicampur lagi kos-kos menukar barang-barang seperti bateri, tayar dansuspension. Belum juga dicampur lagi kos-kos membaiki kerosakan akibat kemalangan.

Tepuk dada tanya selera, mampukah kita? Jangan mahu hidup ‘biar papa, asal bergaya’ guys, bahana mungkin menanti di depan sana…

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023
Trending Sun, 14 Sep 2025

REV Media Group Lanjutkan Kempen Halal Travel Ke Fasa 2, Angkat Konsep Pengembaraan Sebagai Terapi Rohani

Berlangsung dari Julai hingga September, kempen ini menggabungkan empat platform utama REV Media Group iaitu MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia.

Featured Tue, 26 Aug 2025

Berang Wajah Suami Dikutuk Tak Kacak, Eina Azman ‘Sekolahkan’ Netizen – “Handsome Tapi Harap Isteri Kerja Siang Malam Buat Apa?”

Eina menegaskan dia tidak perlu mendapat pengesahan daripada orang luar sama ada suaminya itu kacak atau sebaliknya.

OMG Fri, 10 Apr 2020
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Fri, 3 Mar 2023
error: Content is protected !!