Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas February 20, 2018 @ 2:43pm

NABIL AHMAD MAHU UBAH SEJARAH!

Biar betul Nabil! Macam mana agaknya nak tukar sejarah tu?

Bukan ke sejarah dah terpahat sebagai peristiwa  yang telah berlaku di masa lampau dan tidak boleh diubah mahu pun dikembalikan jadi apa cara Nabil yang hanya seorang pelawak, pengacara dan pelakon mahu mengubah sesuatu yang dah berlaku?

Saya mahu melakukannya melalui teater,” ringkas jawab Nabil ketika ditemui dalam satu majlis petang tadi.

Menurut Nabil, dia kini sedang dalam perancangan untuk menulis   teater  bertajuk ‘Laksamana Di Indera Pura’ sebuah cerita lama tetapi diberikan nafas baharu.

Tujuan tersebut katanya, supaya generasi muda sekarang ini boleh faham sejarah dalam gaya moden.

“Contohnya, pada babak lawan selalunya diiringi paluan gendang tetapi saya mahu ubahnya dengan membawa masuk lagu hip hop,” ujar Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia ke 22 ini.

Menurut Nabil, teater yang mahu dipersembahkan di Lambang Sari, Istana Budaya itu tercetus daripada pembacaan sebuah buku sejarah lama berbentuk skrip yang dibelinya di Penang.

Saya beli buku itu dengan hanya RM1 sahaja terbitan tahun 1959. Ia tebal dan dalamnya lengkap dengan skrip penuh untuk teater, Jadi dari situ, saya olah dengan memasukan  elemen moden,” tambah suami kepada Nazira Ayoub dan ayah kepada dua cahaya mata perempuan ini

Gambar: Instagram Nabilzira

Bagaimana pun, Nabil belum dapat mengumumkan tarikh persembahan teater berkenaan kerana masih dalam perbincangan dengan pihak Istana Budaya.

In sha Allah, jika ada slot kosong, saya akan masuk,” Nabil menaruh harapan.

Pemenang Artis Komedi Lelaki Popular sebanyak dua kali berturut-turut dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/2010, Nabil kini lebih menumpukan kerja-kerja di belakang tabir  sebagai pengarah dan penulis skrip melalui syarikat produksinya, Nabil Ahmad Production Sdn Bhd.

Soal melawak katanya, “Saya dah malas nak masuk sebarang pertandingan lawak.”!! Kelas Nabil, dah jadi pengarah gitu!.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Tahniah Datuk Syafinaz!

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Syafinaz Selamat atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan, sebentar tadi dan sekarang bergelar Datuk

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Seronok Masih Dapat Duit Raya Atuk

Lagi seronok, jumlah duit raya ditambah setiap tahun bagi cucu yang belum mendirikan rumah tangga. Agak-agak tahun depan Mira masih dapat tak? Hehe

Featured Tue, 14 Mar 2023

[VIDEO] Lincah Menari, Penampilan Ning Baizura Dikritik

Alamak seksi sangat ke Kak Ning kita? Yang penting tetap vassss ya

Events Mon, 26 Aug 2019

Rai Empat Dekad Dalam Industri Seni, M. Nasir Hiburkan Peminat 23 November Depan!

Legend is back! Bakal tampilkan kejutan, rugi tau siapa tak datang.

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Bergabung, Meletup! Jalin Kolaborasi, Aliff Syukri Sambar Sally Whoo

Wah, Aliff Syukri bergabung dengan Sally Whoo!

Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Fizz Fairuz Tolak Pelakon Baharu?

Betul ke ni Datuk tiada ‘rasa’?

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
error: Content is protected !!