Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida November 16, 2019 @ 3:08pm

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Peminat muzik, inilah peluang anda untuk menjadi ahli VIP JOOX secara percuma dan menikmati muzik tanpa had dari artis kegemaran anda bila- bila masa, di mana- mana saja dengan aplikasi yang kini boleh didapati melalui desktop dan telefon bimbit!

JOOX, aplikasi strim muzik yang paling popular di Asia 1 dengan pustaka melebihi 30 juta trek, memperkenalkan “JOOX Coins Redemption Center”, salah satu ciri yang membolehkan pengguna di Malaysia untuk menangi JOOX syiling dan menebus tawaran berdasarkan pilihan mereka.

Pelbagai ganjaran boleh ditebus di Pusat Penukaran Syiling JOOX, termasuk keahlian JOOX VIP percuma, perkhidmatan K-Plus serta penyertaan dalam beberapa acara muzik eksklusif. Tambahan pula, untuk tempoh yang terhad, anda kini boleh menebus keahlian JOOX VIP sehari dengan hanya 32 syiling (syiling VS 48 pada asalnya)!

Selain daripada membeli syiling JOOX secara langsung dalam aplikasi JOOX, kini anda juga boleh menangi sehingga 300 syiling JOOX secara percuma dengan melengkapkan misi mudah yang berbeza setiap hari yang akan dipaparkan pada bahagian & quote.

Tugas harian yang boleh dilaksanakan dengan goyang kaki! Cabarlah diri anda dan tuntutilah syiling JOOX percuma anda untuk menebus lebih banyak lagi kejutan yang disediakan oleh JOOX.

Peminat K-Pop, bersiap sedialah untuk lebih banyak lagi kejutan!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda! Tidak lama lagi anda boleh menggunakan syiling JOOX yang anda kumpulkan ini untuk menghadiahkan pada idola Korea anda di salah satu anugerah muzik yang terbesar di Korea – Anugerah Muzik Melon 2019 (MMA).

Semakin banyak anda memberi hadiah, semakin tinggi peluang anda untuk menangi tiket untuk menikmati persembahan bintang K-Pop kegemaran anda dalam acara istimewa ini secara langsung.

Mulai hari ini, pastikan anda selesaikan tugas harian anda untuk menerima lebih banyak JOOX coin dan menghadiahkan coin tersebut di https://joox.page.link/uVFNW5.

Anda boleh muat turun aplikasi JOOX di Apple App Store dan Google Play Store atau menerusi laman web JOOX.

Ikuti JOOX untuk dapatkan informasi muzik terkini dan acara secara langsung dari artis tempatan dan antarabangsa dari JOOX! Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022

Kes Cabul: Ibu Dakwa Nama Puteri Balqis Digugurkan Daripada Projek Drama

Alahai, kesiannya Aqish 🥹 Semoga keadaan akan kembali jernih seperti sedia kala nanti 🥹

TECH Tue, 3 Jul 2018

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Pasaran telefon pintar masa kini semakin berkembang dengan hadirnya model yang memfokuskan kepada permainan mudah alih. Sepertimana Razer dengan Razer Phone, Xiaomi dengan Black Shark dan terbaru, Asus melalui Asus ROG Phone. Tidak mahu ketinggalan, Huawei, […]

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Azhar Sulaiman Mahu Anak Lelaki Belajar Cara Solat Jenazah

Alhamdulillah, tindakan yang bagus Azhar Sulaiman

Featured Thu, 5 Feb 2026

“Biarkan Penyondol Cap Kancil Fitnah Kita Macam-Macam” – Fazura

Fazura berpesan pada sahabatnya itu agar terus kuat dan tidak terpedaya dengan fitnah tular.

Featured Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!