Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 17, 2023 @ 1:07pm

Tinggal Jebat Lebih 3 Hari, Noor Nabila Titip Pesanan Pada Sharnaaz Ahmad – “Baba Tolong…”

Usahawan dan pempengaruh jelita, Noor Nabila menitipkan pesanan kepada bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad untuk menjaga anak sulung mereka, Jebat Jayden dengan baik.

Menurut Nabila, ini adalah pertama kali dia meninggalkan Jebat selama lebih tiga hari untuk ke luar negara atas urusan kerja.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, Nabila memuat naik foto yang memaparkan bingkai wajah comel Jebat ketika masih kecil dan foto dirinya.

“Mommy going to miss you like crazy Jebat Jayden. Tak pernah lagi tinggal dia lebih dari tiga hari ni.

“Baba tolong jaga dia elok-elok… You can do it! Haha,” tulisnya dalam status berkenaan.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Nabila bersama Engku Emran goyah dan telah berpisah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Nabila memadam foto-foto bersama suaminya itu dan tidak lagi mengikuti Emran di laman media sosial Instagram.

Bagaimanapun, menjengah ke Instagram Emran masih menggunakan profil foto bersama Nabila dan tidak memadam kenangan manis mereka bersama serta gambar ketika di majlis perkahwinan.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada kedua-dua pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Aug 2025

Azhar Sulaiman Persoal Keberadaan Derma Ratusan Ribu Ringgit Buat Mangsa Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Beratus ribu ringgit juga lah Behar tolor salurkan kepada tahfiz kelolaan ustaz di Bukit Keramat,”

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Idam Hero Baharu…Siapa Pilihan Farah Nabilah?

Ehem…siapa agaknya hero baru tu nanti eh?

Featured Thu, 10 Jul 2025
Trending Wed, 21 Oct 2020

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Sepanjang PKPB

Ini mungkin berguna untuk korang!

Featured Mon, 24 Nov 2025

Umur 32 Tahun Belum Berkahwin, PU Rahmat Beri Jawapan Padu – “Kadang Ajal Datang Lebih Awal Dari Jodoh” 

PU Rahmat sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas memberikan respons balas yang tegas namun penuh makna mengenai isu kahwin lewat.

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Sebuah Keluarga Ambil Masa 6 Bulan Untuk Kurus

Sebuah Keluarga Ambil Masa 6 Bulan Untuk Kurus Dan Hasilnya Amat Menakjubkan

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Tahniah! Zaaim Juara Mentor 7

Alhamdulillah… Tahniah Zaaim!

error: Content is protected !!