Events By: Salma Syahbuddin November 25, 2019 @ 5:18pm

‘Lagu Berhantu’ Naim Daniel Dinobat Lagu Terbaik #SFMM34!

kehangatan Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) diteruskan lagi dengan menampilkan 11 buah lagu yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi baharu dan lebih senior di minggu kedua.

Walaupun persaingan amat sengit, ‘lagu berhantu’ oleh Naim Daniel yang berjudul Sumpah berjaya mendahului 10 lagu yang lain seterusnya dinobat sebagai lagu terbaik pada malam tersebut. Namun, ini tidak bermakna lagu ciptaan Omar K dan Naim sendiri ini sudah layak untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan penghargaan yang diberikan barisan juri profesional ini. Sebenarnya, saya memang tidak sangka lagu Sumpah akan diangkat sebagai lagu terbaik minggu ini. Insya Allah sekiranya ada rezeki, saya berharap lagu ini akan berjaya ke peringkat seterusnya” Katanya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Bismillah, terima kasih kepada @muzikmuzik_official dan @tv3malaysia untuk peluang membawakan lagu Sumpah ke tahap ini dah justeru dinobatkan sebagai Lagu Terbaik minggu ke dua #sfmm34 . Kepada team muzik-muzik, teknikal dan produksi, terima kasih kerana sudi melayan kerenah budak mengada ni. Cc : @huda_hjkhalid @farizahishamuddin @azraazni @ayunadhirah147 , Kak Adda, Phen, warga glenmarie, sound engineer, abang-abang cameraman yang me-make sure saya nampak semenggah dalam setiap angle. Terima kasih kepada barisan juri @datuksyafinazofficial , @faizaluzir , @byajai , @azmeercomposer , @aubrey_suwito , @edriehashim dan @aznulazmi atas segalanya. Sebagai pendatang baru dalam dunia seni penulisan lirik dan kompisisi saya akan mencuba sedaya upaya lebih baik pada masa akan datang untuk terus berkarya. Untuk mendapat penghormatan sebegitu malam semalam ada sesuatu yang amat saya hargai sentiasa. Kesayangan saya @naimians dan ahli keluarga yang tak berhenti memberi sokongan, yang sudi sing along, sorak macam show semalam adalah show kita saja, anda semua memang alien. Tenaga luar biasa dan itu membuatkan saya lebih beremosi di pentas. Haih. Kepada my dream family from @wp.entertainment , thank you for having faith in me since day 1, here’s to forever. And also my dear abang @omarkrk for helping me siang malam untuk siapkan lagu ini, those days memang Naim takkan lupa. Cinta hati saya di @sevocestudio , @shaffiqerwin dan juga @syafuzayatim yang tak berhenti mendera untuk kebaikan saya, yang tak berhenti bereksperimentasi untuk melihat sejauh mana daya dan upaya saya sebagai seorang penyanyi. Moga yang indah-indah buat kalian. Abang @eddymohaizz_official and team, baju yang sangat sangat menbantu dalam penyampaian persembahan semalam, tak pernah mengecewakan. Terima kasih. Dan kepada anda semua yang sedang membaca ini, moga sentiasa berada di bawah lindungan Allah sentiasa. #sumpahnaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 

Sementara itu, persoalan siapakah yang akan mengganti Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir akhirnya terjawab apabila lagu Anta Permana dipersembahkan oleh Bob Yusof, manakala tempat Faizal pula digantikan oleh Fairuz Misran yang mirip Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bagi lagu Ragaman.

Selain Naim Daniel, Bob Yusof dan Fairuz Misran, minggu kedua SFMM34 turut menampilkan persembahan oleh Akim & The Majistret (Rampas), Adira (Pujaan Hati), Ernie Zakri (Ku Bersuara), Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita), Muna Shahirah (Teguh Setia), Sarah Suhairi (Pedih), Tomok (Bekas Kekasih) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian).

Persembahan pada malam itu turut diadili oleh, juri profesional seperti, Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer.

So, kepada para peminat yang ingin hadir pada minggu ketiga ini, korang bolehlah dapatkan tiket pada 27 November seawal pukul 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Ingat! tiket adalah terhad guys!

Apa kata Xtra belanja sikit persembahan dari Naim Daniel pada malam #SFMM34 yang lalu.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Sumpah sedap!!!! Relax je @naimdanielx nyanyi tadi. Love love love ??? #sfmm34

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Fri, 25 May 2018

Kenapa Sajat Marah?

Bagi Sajat, beliau kurang selesa kerana solekan dan baju yang dikenakan tidak sesuai. Dan, disebabkan hal tersebut beliau malas mahu meneruskan penggambaran seperti yang dijanjikan

Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Wed, 6 Apr 2022

Tersenarai Dalam ‘The 100 Most Awarded Musician of All-Time’, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion & Nicki Minaj!

Siti Nurhaliza terima 329 anugerah & duduki tempat ke-27! Fuhhhhh, terbaik!

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

《廉政风云》加入贺岁档!华语影坛影帝影后同镜飙戏

《廉政风云 烟幕》汇集了华语影坛最一流的影帝影后同镜飙戏,誓以最顶强的「烟幕」阵容抵御春节一片弥漫开来的贺岁烟硝!

Featured Sun, 4 Sep 2022
Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Ayie Floor 88 Tak Sabar Untuk Kembali!

Alhamdulillah dah pulih!