Hiburan By: Del14 November 27, 2019 @ 6:26pm

Dilabel Lembik, Isteri Da’i Farhan Minta Hormati Keputusan

“Benda boleh pikul, buat apa kita nak lepas. Benda boleh bincang, kenapa kita nak gaduh. Benda boleh sepakat, kenapa kita nak akhiri dengan penceraian,” luah Fatin Nurul Ain, isteri pertama juara rancangan dakwah Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad.

Fatin Nurul Ain menerusi kenyataan di Facebook menulis, dia mahu memberikan kenyataan itu selepas banyak pihak membuat penilaian sendiri kerana mendengar dari pihak ketiga sahaja.

“Suami saya memaklumkan dari awal hasrat dia untuk berkahwin. Akad nikah yang diadakan di Mekah, saya tahu dari ibu mertua saya. Tipulah kalau tak kecewa, tipulah kalau tak marah, tipulah kalau tak stress. Saya manusia biasa. Bila tahu saja berita tu, terasa mcm hilang arah. Keluarga juga sudah maklum dan kami cuba merahsiakan hal ini.

“Dan saya maklum pada Kak Ches yg bukan ahli keluarga saya sendiri kerana percaya pada dia sebagai sahabat baik dan saya tahu tindakan suami saya itu tidak betul, tapi apa yang saya perlu pada ketika itu adalah teman berbual dan telinga yang mendengar,” tulisnya.

Perkongsian dibuat oleh wanita dikenali sebagai Ches Al Maliki menerusi Facebook sebelum ini menyebabkan netizen melabelkan Fatin sebagai ‘lembik’ kerana membiarkan suaminya berkahwin tanpa pengetahuannya.

Malah netizen turut melabel pendakwah muda itu sebagai penunggang agama serta menganiaya isteri pertama.

Fatin akui pada mula dia redha dalam paksa tetapi kini sudah mampu melaluinya dengan baik dan bersyukur kerana diberikan kekuatan untuk menjalankan kehidupan seperti biasa.

“Soal rumah tangga kami, sebenarnya kami dah bertemu mata, bercakap dari hati ke hati, saling bermaafan, benda ni dah dua bulan berlalu dah pun. Saya bahagia dengan anugerah permata hati kami skrg. Saya pun serah pada takdir apa yang terbaik.

“Keadaan yang keruh, tidak akan jernih sekiranya kita berterusan begini. Saya ada pendirian sendiri dan minta kalian semua hormat. Terima kasih berada dibelakang saya beri sokongan yang tiada henti. Kata semangat yang tak putus. Saya terharu,” tulisnya lagi.

Dia turut sudah meminta Ches memadamkan perkongsian yang dibuatnya namun tidak diendahkan.

Pada masa sama, Fatin memohon orang ramai agar menghentikan tohmahan kepada mereka sekeluarga.

“Pada saya tidak adil anda semua menilai kami sekeluarga begitu. Suami telah pun mengambil pengajaran atas tindakannya sebelum itu. Jika tidak keberatan, deletelah apa pun yang dah tersebar mengenai kami demi privasi hidup kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dae’i Farhan menerusi Instagram miliknya mendakwa tindakan wanita dikenali Ches itu disebabkan dendam.

“Astaghfirullah, mungkin kerana dendam saya tak izin isteri ambil ASB Financing CIMB dengan dia, tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dengan tularkan perkara fitnah yang sudah berlalu,” tulisnya.

Oleh: Guy Masaki

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Feb 2023
Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Fad Tak Kisah Kalau Tak Menang, Asalkan…

Tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular dan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31, Fad mengaku dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

Kisah Viral Sat, 20 Jan 2024
Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Tarik Diri Dari Prime Domestic, Hillary Ang Enggan Komen Hal Lepas

Selain Hillary, dua lagi anggota Prime Domestic iaitu Aweera (penyanyi) dan Fauzi (bes) turut meninggalkan kumpulan Prime Domestic. Hillary terlebih dahulu menarik diri sebelum diikuti oleh pemain bass, Fauzi.

LIFESTYLE Wed, 16 Jan 2019

Stand Out This Chinese New Year in Timely Style

These watches will definitely get people talking.

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Elyana Selesai Sesi Pertama Radioterapi

Penyanyi berusia 30 tahun itu memberitahu keadaanya lebih baik berbanding beberapa hari lalu namun dia lebih berhati-hati dalam menjaga makan.

Featured Thu, 26 May 2022

Halusinasi Dipercayai Punca Remaja Tikam Ibu Sedang Tidur

Allahuakbar… ibu masih dalam keadaan sangat parah