Hiburan By: Del14 December 1, 2019 @ 12:30pm

“Wanita Yang Susah Nak Cari,” – Roslan Shah Terharu Tindakan Fasha Sanggup Cuci Najis Ibu Walaupun Bukan Keluarga

Betapa mulianya insan bernama Fasha Sandha ni sehinggakan sanggup mencuci dan tukarkan lampin pakai buang ibu pengacara dan pelakon, Roslan Shah.

Roslan Shah yang mesra disapa Cik Lan, menerusi Instagram miliknya awal pagi tadi, mendedahkan pada petang Sabtu semalam, Fasha berkunjung ke rumahnya di Singapura bersama suami, Aidil Aziz mahu melawat ibu Cik Lan yang sedang sakit terlantar akibat barah.

“Ia berlaku depan ‘mata kepala’ saya sendiri. Ketika Fasha masuk ke bilik ibu untuk menziarah, tiba-tiba ibu saya membuang air besar dalam lampin pakai buang dipakainya.

“Sebaik saja Fasha dapat tahu, dia terus menawarkan diri untuk sama-sama membantu mencuci dan menukarkan lampin baru kepada ibu,” dedah Cik Lan terharu.

Walau pun tersentuh dan sebak dengan tindakan spontan pelakon popular itu, Cik Lan hanya mampu terdiam kerana terlalu terkejut.

“Fasha bukan ahli keluarga saya, tapi sanggup bantu mencuci najis ibu tercinta saya.

“Beberapa kali saya menghalang sebab dia dan suami datang sebagai tetamu walhal saya dan kakak saya boleh saja selesaikan urusan itu tapi dia tetap mahu membantu,” kata Cik Lan lagi.

Susulan tindakan itu, Cik Lan akui Fasha seorang wanita yang sangat mulia dan merendah diri kerana dia percaya tidak ramai sanggup melakukan perkara sama kepada ibu bapa mereka sendiri.

“Ini bukan membodek atau memuji melambung, bagi saya inilah wanita yang kita susah nak cari. Tak ramai yang boleh buat!

“Kali pertama depan mata saya, seorang artis popular yang sangat merendah diri,” luah Cik Lan lagi.

View this post on Instagram

Salam Semuanya Wanita yang bernama Fasha Sandha sebagai seorang Artis Pelakon terkenal / popular Ada yang Tidak ramai yang tahu sifat hatinya Dan caranya ini bukan REKAAN cerita ya. ….Allah saja yang tahu Dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah cik lan ya ..Dan ini di Depan Mata Cik lan sendiri yang melihatnya ….terasa terharu pun ada semasa Fasha Sandha datang ke rumah cik lan Sabtu petang bersama suami tercintanya Aidil Aziz untuk mengziarahi Ibu tercinta cik lan ya…….Semasa di bilik Ibu tercinta cik lan ….Ibu tercinta cik lan membuang najis ( membuang air besar ) Apabila Fasha Sandha tahu Ibu cik lan membuang air besar ( berak ) …Fasha Sandha dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik Ibu cik lan Dan dengan rela hatinya nak membantu / menolong cik lan membasuh Dan tukarkan Pampers Ibu tercinta cik lan sedang membuang air besar dari dari situ cik lan tersentuh Dan Sebak dalam hati tetapi cik lan diamkan diri saja…Fasha bukan Ahli keluarga cik lan fasha sanggup nak menolong membersihkan najis Ibu tercinta cik lan …Dan jugak cik lan menghalangnya kerana Fasha Sandha adalah tetamu cik lan Dan cik lan Serta kakak tercinta cik lan uruskan ibu tercinta untuk membersihkan Dan tukarkan Pampers sendiri….Dari situ Seorang wanita yang bernama Fasha Sandha dari situ cik lan boleh lihat mulianya hati Fasha Sandha sebenarnya…Ini bukan membodek / memuji melambung bagi cik lan Ini lah wanita susah Kita nak mencari ….Tak ramai yang boleh buat…Kali pertama di Depan Mata cik lan seorang Artis Popular yang sangat merendah diri …..( Tadi sambil menulis cik lan dah sebak Serta menitis air Mata lagi ) terima kasih ya @fashasandha Dan suami tercintanya @itsaidilaziz …ini hak cik lan ingin menulis dengan Cara ikhlas FASDIL suami isteri Memang terbaik tabik …manggiferra @itsaidilaziz pun sedap Dan power Gila bend ya… tunggu cik lan Akan membawa masuk balik meniaga di Singapura ya… Doakan yang baik baik Amin…pujian sekali lagi dengan ikhlas ya @fashasandha @elisyasandhaofficial @mamasandha @syamel_official #share3 #Love3 Fasha Sandha pun Ada beritahu cik lan dia sangat sayang kepada Ibu tercintanya Dan adik beradiknya…aminn.

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @realroslanshah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 2 Apr 2018

A Fan of One Republic? Here’s Your Chance to Win Their Concert Tickets!

If you can sing One Republic’s songs, you can stand a chance to win tickets to their concert in KL as well as some cold hard cash.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Siti Sarah Tunda Konsert?

Mentor Otai ini mengganggap penundaan itu sebagai satu rahmat pula baginya kerana berpeluang mendapatkan masa yang lebih panjang untuk latihan serta persiapan.

Featured Tue, 10 Jan 2023
Hiburan Thu, 28 Dec 2023

Sanggup Botak Demi Sebuah Watak, Elisya Sandha Akui Dah Bersedia Nak Tambah Cahaya Mata

Wahh tak lama lagi Bunga dapat adik.. Semoga dipermudahkan urusan Elisya

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Alhamdulillah…Mia Ahmad Timang Anak Lelaki

Tahniah! Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

Trending Hari Ini Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Thu, 14 Dec 2017

Lana Dan Suami Rancang Tunai Umrah Bersama

Lana Nordin syukur doa dimakbulkan untuk bersama suami tunai umrah berdua tahun hadapan

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

Wahhhhh! She dah kahwin! Selamat pengantin baru Najwa & Akwa ❤️❤️

Contest Wed, 27 Nov 2019