Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 2, 2019 @ 4:42pm

“Bukannya Saya Mereput Di Rumah” – Izreen Azminda Belum Bersedia Untuk Kembali Berlakon

Mengakui dirinya kini lebih tenang dan bahagia, pelakon dan pengacara, Izreen Azminda Aznam tidak mahu terburu-buru untuk kembali ke dunia lakonan memandangkan anaknya dengan pemuzik, Ude Wahid baru berusia lima bulan. 

Izreen mengakui banyak ‘terlepas’ momen-momen sewaktu anaknya yang sulung, Muhammad Adrian Umur (5 tahun) dari perkahwinannya yang pertama, membesar.  Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Izreen berkata dia akan kembali apabila dia sudah puas membesarkan anak dan jika mendapat karekter yang tidak stereotaip. 

“Tawaran berlakon tu memang ada, tapi saya belum bersedia nak bagi komitmen penuh. Saya nak luangkan lebih masa dengan anak-anak. 

“Lakonan terakhir saya adalah pada bulan puasa tahun lepas, selepas itu saya ambil keputusan untuk berehat. 

“Keadaan saya sekarang, Alhamdullillah sungguh membahagiakan. Semuanya semakin stabil, kehidupan berkeluarga juga tenang dan bahagia,” ujar Izreen kepada Xtra. 

Terdahulu, Izreen menimbulkan kontroversi apabila memilih untuk berkahwin dengan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhamad Radzi Abdul Wahid (32) pada 8 Ogos 2017 yang pada masa itu berstatus suami orang. 

Izreen mengakui tindakannya itu memberi impak kepada kerjayanya apabila dikecam oleh netizen dan orang sekeliling, namun dia tidak pernah takut kerana percaya kepada rezeki. 

“Memang kontroversi itu ada memberi impak kepada perjalanan kerjaya saya, tapi saya percaya pada rezeki. Banyak pintu rezeki yang Allah buka untuk saya.

“Tak semestinya saya tak berlakon, saya duduk ‘mereput’ di rumah. Saya masih ada sumber pendapatan yang lain, kalau tak macam mana saya nak ‘hidup’ sebab saya masih ada komitmen-komitmen lain setiap bulan. Alhamdullillah semuanya cukup,” ujar Izreen lagi.

Izreen menjelaskan bahawa dia kini sedang mengusahakan perniagaan perhiasan dalaman milik keluarganya kerana itulah yang diaturkan oleh kedua ibu bapanya yang pada mulanya membantah cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon. 

Selepas perkahwinannya yang kontroversi, Izreen mengambil langkah untuk menutup ruangan komen di laman akaun media sosialnya kerana tidak mahu pengikut-pengikutnya berbalah di samping enggan membaca komen berbaur negatif dari netizen. 

“Saya lebih selesa menutup ruangan komen biar tak ada perbalahan, dan saya pun boleh hidup dengan tenang.

“Memang nak tak nak saya kena hadapi semuanya tetapi berkat sokongan keluarga, kawan-kawan terutama sekali suami, saya lebih tabah. Suami saya kata kalau saya tak kuat, dia pun tak kuat, jadi kami beri semangat dan sokong antara satu sama lain,” tambah pelakon Juvana ini lagi. 

Oleh: Fas

Kredit Foto: Fas

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

FARID KAMIL ALAMI TEKANAN JIWA DAN MASALAH MENTAL – FADZIL ZAHARI

Farid juga memberitahu bahawa, Isteri Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle tidak dapat dihubungi semenjak kes ini tular di media sosial

Featured Sat, 25 Sep 2021

Tarikh Bayaran i-Citra Bermula 1 Oktober, Semak Status Lulus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan tarikh bayaran i-Citra bulan Oktober menerusi laman Facebook rasmi. Pembayaran akan mula dibuat bermula mulai 1 Oktober dengan kadar maksimum RM1000 sebulan selama 5 bulan7 (bergantung kepada […]

Hiburan Tue, 9 Dec 2025

Zizie Izette Masih Berkabung, Akui Rindu Arwah Suami Tidak Pernah Surut

Zizie berkata setiap air mata dan kerinduan yang datang bukan sesuatu yang cuba disembunyikan

Featured Sat, 25 May 2024

Siasatan Kes Khalwat Ruhainies & Aliff Aziz Selesai

Dakwa atau tidak, sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah 😎✌️

Trending Hari Ini Thu, 30 Apr 2020
Hiburan Sun, 18 May 2025

Noraniza Idris Kesal Niat Baik Disangka Gimik

Niat Kak Ani hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas.

error: Content is protected !!