Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 15, 2019 @ 1:17pm

24 Maut Akibat Dipanah Petir Di Selatan Pakistan

Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan dua lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian berasingan di wilayah Sindh selatan Pakistan dalam tempoh 24 jam, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di  beberapa daerah di Tharparkar Sindh, empat wanita dan tiga kanak-kanak antara yang maut.

Dua lagi terbunuh di daerah Jacobabad di Sindh sementara seorang lelaki maut di daerah Ghotki.

Mangsa yang cedera dihantar ke beberapa buah hospital majoritinya mengalami lecur yang teruk.

Puluhan haiwan juga mati dalam kejadian ribut petir diikuti dengan hujan lebat itu.

Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) dalam satu kenyataan pada Khamis petang berkata hujan dan ribut petir melanda kawasan rendah dan dijangka berlarutan sehingga Sabtu.

Sumber: Bernama & gambar Courier Journal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2023

Misi Membantu Calon SPM Ubah Gred G Kepada A

Makin ramailah bilangan calon SPM dapat A selepas ni!

Featured Tue, 19 Jul 2022

Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

“Berkenalan sejak Mei lalu. Mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim..” – Timbalan Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi

Featured Fri, 16 Jan 2026

“Sudah Lah Tu Nak Bergaduh Sesama Islam, Ada Cara Yang Lebih Beradab Untuk Tegur Cegah Kemungkaran” – Isa Khan

Menurut Isa, niat menegur itu baik, namun cara yang digunakan perlu beradab dan tidak mengaibkan individu lain secara terbuka.

Hiburan Sat, 9 Nov 2024
Featured Wed, 30 Nov 2022
Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Guling Atas Lebuh Raya, Kereta ‘Lawan Arus’… Ubai MZ Kongsi Tiga Detik Cemas Hampir Ragut Nyawa

Ubai mendedahkan dia pernah terlibat dalam tiga kemalangan berasingan ketika menunggang motosikal dan memandu kereta

error: Content is protected !!