Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2026 @ 12:42pm

Guling Atas Lebuh Raya, Kereta ‘Lawan Arus’… Ubai MZ Kongsi Tiga Detik Cemas Hampir Ragut Nyawa

Pempengaruh, Ubaidillah MZ atau lebih dikenali sebagai Ubai berkongsi pengalaman beberapa kali berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Menerusi ciapan di platform Threads miliknya, Ubai mendedahkan dia pernah terlibat dalam tiga kemalangan berasingan ketika menunggang motosikal dan memandu kereta, namun bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan.

Menurut Ubai, kejadian pertama berlaku di Lebuhraya Persekutuan apabila dia terpaksa mengelak sebuah kereta yang menukar laluan tanpa memberikan isyarat.

“Accident dekat Federal, naik motor elak kereta tak bagi signal, guling atas highway. Tiga hingga empat kereta elak untuk langgar saya. Syukur masih selamat,” katanya.

Ubai berkata, dia sekali lagi berdepan detik mendebarkan apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) akibat sebuah kereta dipandu secara melawan arus.

“Accident dekat NPE naik motor sebab ada kereta lawan arus, melayang pergi jalan sebelah. Syukur masih selamat,” ujarnya.

Tidak terhenti di situ, Ubai turut berkongsi pengalaman sebuah lagi kemalangan yang berlaku di Subang apabila kenderaannya hilang kawalan dipercayai akibat tumpahan minyak di atas jalan sehingga menyebabkan kereta dipandunya rosak teruk.

“Accident dekat Subang, orang tabur minyak. Berpusing kereta total lost. Nasib tak jatuh fly over. Syukur masih selamat,” katanya lagi.

Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan seorang individu yang meminta orang ramai berkongsi pengalaman ‘near death experience’ atau detik yang membuatkan mereka berasakan diri hampir kehilangan nyawa.

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Perjelas Isu Pengurus ‘Kerek’ – “Ia Melibatkan Nama Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Cik B Respons Persembahan Beremosi Dikritik ‘Cringe’ – “Benda Itu Tak Dibuat-Buat”

Cik B menjelaskan tindakannya di atas pentas bukan sesuatu yang dilakonkan, sebaliknya berlaku secara spontan.

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera

Huawei baru sahaja melancarkan dua peranti baru dalam siri Huawei Nova untuk pasaran China. Huawei Nova 3 dan Nova 3i, kedua-duanya adalah merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan reka bentuk moden dan premium. Huawei Nova 3 adalah model […]

Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Fri, 8 Jul 2022
Hiburan Sat, 15 Sep 2018

五大新马笑匠同框搞笑!1124笑声响彻云顶

新加坡名导梁志强、李国煌、程旭辉(辉哥),将汇集本地阿哥林德荣及新生代笑匠Jasper赖宇涵,于11月24日在云顶举办《搞笑至尊演唱会》;梁导更称会祭出升级版的《搞笑行动》,包让观众捧腹大笑!

Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Pengsan Akibat Tekanan Darah Terlalu Rendah, Intan Najuwa Syukur Diri & Bayi Selamat

Intan turut tampil menjelaskan punca sebenar kejadian berkenaan selepas timbul kemungkinan ada pihak yang mengaitkannya dengan pengambilan kafein.

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

“Biarlah Dia Nak Support Bakal Suami Spin” – DJ Kidd Pertahan Emma Maembong

Sebelum ini, Emma secara terbuka mengakui dia ke kelab malam tersebut untuk melihat DJ Kidd bekerja

error: Content is protected !!