Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal November 9, 2019 @ 10:15am

Kenapa Perlu Elak Guna Produk Kesihatan Ada Steroid?

Produk-produk ini mengandungi pelbagai bahan terlarang seperti raksa dan juga steroid. Persoalannya, mengapa anda perlu menjauhkan diri daripada makanan tambahan tinggi steroid?

Penggunaan steroid sintetik adalah sesuatu yang terkawal kerana kesan perubahan paras steroid dalam badan boleh mengakibatkan tindak balas yang sistemik. Namun yang demikian, terdapat juga beberapa pihak yang menyalahgunakan steroid untuk tujuan tertentu. Ahli bina badan misalnya, banyak menggunakan steroid anabolik bagi menggalakkan tumbesaran otot. Selain ahli bina badan, peniaga dan pengasas produk makanan tambahan pun tidak terlepas daripada menggunakan steroid dalam produk mereka. Steroid sintetik utama yang terdapat dalam produk-produk ini adalah dexamethasone.

Produk makanan tambahan yang tinggi steroid lazimnya dipasarkan sebagai produk untuk sakit sendi dan juga untuk kesihatan badan warga emas. Ramai pengguna produk-produk ini mengakui bahawa ia membantu mereka untuk mengatasi masalah sakit sendi, artritis dan juga rasa tidak sedap badan. Disebabkan kandungan steroid dalam produk-produk ini tidak dinyatakan, pengguna cenderung untuk percaya bahawa keberkesanan makanan tambahan tersebut datangnya daripada unsur buah-buahan semula jadi dan makanan ‘sunnah’ yang dicampur. Hakikatnya, kesan tersebut semuanya datang daripada campuran steroid dexamethasone yang tinggi.

Kesan jangka panjang pengambilan produk tinggi streroid

Pengambilan steroid yang tinggi ini boleh menyebabkan pengguna cenderung untuk mengalami satu komplikasi yang khusus iaitu sindrom Cushing.

Sindrom cushing terjadi apabila seseorang itu mengambil produk tinggi steroid jenis glukokortikoid dalam masa yang lama. Seperti yang disebut di bahagian awal, rembesan hormon steroid daripada kelenjar adrenal dikawal rapi oleh paksi hipotalamus-pituitari.

Jika kandungan hormon steroid adrenal terus tinggi dalam darah, ini akan menghalang stimulasi kelenjar adrenal untuk menghasilkan hormon-hormon adrenal yang lain. Ini akan menyebabkan beberapa simptom sindrom Cushing seperti:

  1. Naik berat badan, khususnya di bahagian muka, abdomen dan bahu
  2. Pengumpulan lemak pada bahagian tulang kalvikel
  3. Berpeluh berlebihan
  4. Kulit semakin menipis (wujudnya garisan ungu yang disebut sebagai purple striae)
  5. Mudah untuk mengalami lebam pada kulit
  6. Kelemahan otot proksimal
  7. Tumbuh bulu sekitar wajah (hirsutism)
  8. Kurang libido
  9. Gangguan haid
  10. Ketidaksuburan
  11. Masalah jerawat

Sindrom Cushing juga boleh menyebabkan kerintangan insulin (menyebabkan diabetes), tekanan darah tinggi, peningkatan paras trigliserida, kemurungan, gangguan kognitif dan cenderung untuk menghidap jangkitan fungus.

Selain itu, ia juga berbahaya jika seseorang itu badannya telah biasa menerima jumlah steroid yang tinggi, mereka tidak boleh menghentikan pengambilan produk tersebut secara mengejut. Ini akan menyebabkan ketidakcekapan kelenjar adrenal. Apabila seseorang itu sudah mengambil produk tinggi steroid dalam jangka masa yang lama, ini akan menyebabkan fungsi kelenjar adrenal mereka ditekan. Kelenjar adrenal merembeskan beberapa hormon lain yang penting untuk kawalan tekanan darah.

Dalam bidang perubatan, sekiranya seseorang itu sedang menjalani rawatan steroid yang tinggi untuk jangka masa yang lama, dos steroid tersebut perlu dikurangkan secara perlahanan-perlahan sebelum boleh dihentikan sepenuhnya.

Antara penyakit yang memerlukan rawatan steroid seperti ini adalah penyakit asma yang tidak terkawal dan juga pesakit pascatransplantasi organ.

Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati dengan produk yang dijual atas talian. Sentiasa cakna tentang pengumuman yang dibuat oleh pihak KKM dan jauhkan diri anda daripada produk yang tidak mempunyai sebarang kelulusan. Bahan-bahan terlarang dalam produk makanan tambahan ini boleh mendatangkan pelbagai mudarat kepada kesihatan.

Sumber: Hello Doktor

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 4 Jun 2018

辞职代表抗压性低?美研究:常换工作跟能力「无关」

对于现在的工作不满,想要拍桌大喊:「不干了」,却又怕被亲朋好友认为是抗压性低的草莓族吗?

LIFESTYLE Wed, 18 Jul 2018

8 Cara Menghapuskan Lemak Perut Yang Boroi

Perut boroi antara yang mencacatkan keterampilan individu dimana perlu cari jalan untuk mengelakkannya

Fab Foodies! Wed, 25 Apr 2018

专家揭「爱喝酒9大危害」不只痴呆还会罹癌

你也是下了班喜欢和三五好友小酌几杯,抱怨疲劳工作一周所发生的事。尽管适量饮酒(女性每天一杯或男​​性一天两杯)已显示对健康有某程度的正面影响,但长时间饮酒过量不会增加额外的效益。

LIFESTYLE Fri, 30 Mar 2018

5 Jawapan Win Untuk “Bila Nak Kahwin Nie?”

Rimas kot dengan persoalan bila nak kahwin ? bukan sahaja tak nak kahwin tapi..

LIFESTYLE Wed, 30 May 2018

直觉选一颗太阳!发现自己「最独特的能力」

如果你能打造一支属于自己的旗子,并且要选择一个太阳做为旗徽,哪一个最合你意呢?

LIFESTYLE Sat, 16 Dec 2017

Kalau Muka Tampan Tapi Amat Menyusahkan Buat Apa

Tidak guna mempunyai wajah yang tampan tetapi menyusahkan dari segala aspek

Events Tue, 15 Oct 2019

IMAGINATRICKS; A Thrilling Spectacular Stunt Show Only at Resort’s World Genting

The adrenaline pumping variety show, awe-worthy when the show comes alive.

LIFESTYLE Fri, 12 Nov 2021

Terokai Pelbagai Karya Kontemporari Malaysia Di MPO TV!

Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) dengan kerjasama Persatuan Komposer Kolektif Malaysia (Malaysian Composers Collective – MCC) mempersembahkan konsert maya yang menampilkan karya kontemporari komposer-komposer tempatan bertemakan MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Chamber […]

LIFESTYLE Sat, 20 Jan 2018

穿高跟鞋痛到无法走?那是因为妳不会穿

若说「高跟鞋」是女人自信的来源,这句话可一点都不假。但要驾驭高跟鞋,穿得漂亮、穿出自信,可不是上脚就可以,就连名模都需要花时间练习走路了,身为一般人的妳怎么可以不练习,就指望穿出爆棚的气势?

LIFESTYLE Fri, 17 Jan 2020

给准备换新工作的你!选一张牌看转职运

每年的这个时候都有朋友面临转职问题,就连奥斯占卜的案例中也出现类似问题。

error: Content is protected !!