Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 13, 2019 @ 9:46am

Issey Pilih Rakan Sekolah, Akhiri Zaman Duda Tak Lama Lagi

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin mengumumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang kenalan dari zaman sekolah pada 22 Disember ini.

Issey memberitahu, bakal isterinya juga adalah seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak yang kematian suami dua tahun lalu dan mereka akan melangsungkan pernikahan di kampung halaman mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum ini, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 tetapi berpisah setahun kemudian.  Mereka juga tidak dikurniakan cahaya mata. 

“Saya bakal bernikah dengan kenalan lama zaman sekolah. Dia adalah ibu tiga anak dan bertugas sebagai pengurus sumber manusia di sebuah syarikat swasta,” katanya di dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, semalam.

Issey berharap segala perancangan bagi majlis pernikahannya berjalan dengan lancar dan dia meminta maaf kerana merahsiakan perkara itu dari umum. 

“Saya minta maaf pada semua.  Sebenarnya, niat hendak merahsiakan perkara ini… Doakan semuanya lancar,” katanya Issey lagi. 

 
 
 
View this post on Instagram

Mohon doa daripada semua agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih ?? #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Kredit Foto: Instagram @isseyfazlisham

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

10/10 AKSI CIUM BELLA DAN ENGKU EMRAN?

Namun, ugutan dari Bella itu disifatkan sebagai ugutan romatik dan rata-rata peminat menyifatkan pasangan ini adalah pasangan yang bahagia

Featured Tue, 15 Aug 2023
Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Mahu Terus Hulur Bantuan, Elly Mazlein Sebak Terkenang Nasib Kanak-Kanak Memerlukan

Elly Mazlein sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan kanak-kanak.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Radja & Wali Band Bergabung Dalam Pentas RadjaWali, Gegar Idea Live Arena Januari 2026

“Pentas RadjaWali Live in Malaysia” yang dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Featured Sun, 28 Jan 2024
error: Content is protected !!