Euforia Bola 2026
Filem By: Salma Syahbuddin February 24, 2018 @ 1:39am

RANCANGAN WAJIB TONTON KAMI MINGGU INI!

Terima Kasih kepada pelanggan dan peminat rancangan kami di tonton!

Kepada peminat drama dan rancangan hiburan tempatan, tonton telah menyajikan anda dengan pelbagai drama-drama pilihan lokal mahupun antarabangsa. Jadi, kepada mereka yang sering ketinggalan untuk menyaksikan drama pilihan masing-masing atau ingin mengetahui jalan cerita drama kegemaran anda terlebih dahulu berbanding menunggunya di kaca tv, jangan khuatir! Ini adalah antara rancangan terbaik kami sepanjang bulan ini!

  1. Kekasih Paksa Rela

Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, iaitu Dato Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato Azman tida pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan enggan pulang semula ke Malaysia. Sepanjang ketiadaan Rosnaida Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada bapa tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka. Adham akhirnya berkahwin dengan Hanan tanpa persetujuan Rosnaida. Seterusnya konflik semakin memuncak apabila Rosnaida telah kembali semula ke Malaysia secara tiba-tiba. Adakah Adham bersalah dalam hal ini? Atau adakah mereka semua sanggup hidup secara berpoligami? Kalau nak tahu kesudahan cerita ini, penonton dan juga pelanggan kami boleh menyaksikan episod ini disaluran tonton kami!

2. Naagin

Wow! Drama Naagin ni bukan sahaja mendapat jumah tontonan yang banyak di tonton, malah di India juga! Naagin sebenarnya mengisahkan tentang Shivanya, iaitu ular jadian yang ingin membalas dendam terhadap keluarga Raheja. Ayah Shivanya telah dibunuh dengan kejam oleh Ankush Raheja dan kawan-kawannya kerana ingin merampas Naagmin, iaitu sebuah permata berkuasa yang merupakan pelindung kepada ular jadian tersebut. Tapi, kalau penonton nak tahu kesudahan cerita Naaginn bolehlah terus melayari laman web kami di tonton.com.my ya! Bukan apa, kalau nak cerita kat sini, panjang lah pulak! 

3. Cinta Hati Batu

Apabila hati yang sudah mati, cuba untuk mencintai!

Haa, itulah tagline untuk drama Cinta Hati Batu kita ni. Kisah drama yang dilakonkan oleh Ashraf Muslim ni berkisarkan tentang Nik meninggal dunia ketika kemalangan. Dan sehingga kini fitri masih dibelenggu rasa bersalah dengan kematian tunangnya itu. Untuk mengubat luka dihati  Fitri, keluarganya telah mengahwinkan nya dengan seorang bapa tunggal yang bernama Ehsan. Walaupun masing-masing menentang, namun Fitri terpaksa akur dan perkahwinannya itu hanya bertahan selama 5 bulan sahaja. Selepas kejadian tersebut, Fitri pula dikejutkan dengan berita yang mengatakan tunangnya, Nik masih hidup. Tetapi dihalang pula oleh keluarga Fitri. Dalam masa yang sama, bekas isteri Ehsan pula datang kembali menagih cintanya. Namun, cinta Ehsan hanya untuk Fitri.

Drama yang penuh dengan konflik ini dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat seperti, Ashraf Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Ardell Aryana, Sasqia, Fazren Rafi, dan ramai lagi.

Jadi kalau nak tengok konflik yang berlaku dalam drma Cinta Hati Batu ini. Jangan ketinggalan untuk terus saksikannya di tonton!

4. Budak Boys

Budak Boys, walaupun drama terbitan ini masih baru, namun Budak Boys merupakan antara rancangan yang menjadi pilihan di tonton! 

Dramayang diadaptasikan daripada sebuah novel mengisahkan tentang Hamizul yang telah mengajak kawan baiknya iaitu Kamarul agar memohon memasuki RMC namun Kamarul menolak kerana dia tidak yakin untuk hidup dengan disiplin ketenteraan. Selepas mendapat surat tawaran ke RMC, Hamizul begitu gembira namun Kamarul masih belum bersedia untuk menghadapi kehidupan barunya itu. Haa, nak tahu apa kesudahan cerita Budak Boys ini, jangan lupa saksikan Budak Boys, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Iris, TV3.

5. Love You MR.Arrogant

Drama yang telah disiarkan pada 25 September 2013 ini masih mendapat perhatian oleh penonton kami! Drama arahan Eoon Suhaimi ini merupakan drama adaptasi dari novel Love You Mr.Arrogant dan teraju utama untuk drama ini ialah Zara Zya. Mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaraa (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaraa membayar RM 5K sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia dengan Sheryy (Hanez Suraya) wanita yang sama sekali tidak pernah dicintai Irham. Menarikkan?

Jadi, kalau nak kesudahan cerita ini. Bolehlah saksikannya di tonton! Dan, jangan lupa untuk jadi ahli VIP kami!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 2 Nov 2023
Filem Thu, 21 Feb 2019

Finally! Controversial Comedy Film Banglasia 2.0 is Coming to Cinemas Near You

5 years long awaited, let’s make it worthwhile!

Filem Sat, 18 Aug 2018

Media Prima Berhad Brings 28 Million Malaysians Together

Stakeholders can see a higher revenue as well through Media Prima Berhad.

Events Sat, 1 Mar 2025

Mengaku Penakut, Nadiya Nisaa ‘Minta’ Doa Pada Ustaz Sebelum Mulakan Penggambaran Filem – “Saya Memang Akan Baca…”

Namun, sepanjang proses penggambaan filem seram, dia tidak pernah berdepan dengan pengalaman mistik.

Filem Mon, 4 Mar 2019
Filem Mon, 25 Feb 2019

Possible Two Endings to ‘Misteri Dilaila’?

This means two trips to the cinemas!

Filem Mon, 6 May 2024
Filem Tue, 5 Nov 2019

鍾瑾桦化身特别嘉宾!与《好吃!》一同找「辣魅」

马来西亚人对辣有一种特别的情怀,所以这集的主持人将化身为「辣哥辣妹」去寻找让人吃到脸红心跳的「辣魅」。

Filem Fri, 27 Jul 2018

《中国好声音》触发「抢位赛」谢霆锋战队战火连连

在上期谢霆锋战队满员后,本周第2期的《中国好声音》将直接触发“抢位战”新赛制,谢霆锋战队内出现了连续抢位的激烈战况。

error: Content is protected !!