Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 24, 2018 @ 7:53pm

DFKL 2018 INI BAKAT YANG KAMI CARI!

Masa Untuk Drama!

Tahun ini, Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) memulakan hari pertama siri jelajah pencarian bakat baharu yang lebih versatile dengan lokasi pertama pencarian bertempat di Johor Bahru. Pada hari pertama sahaja, orang Johor sudah menghangatkan pentas dengan menampilkan bakat-bakat baru yang cukup cemerlang. Diikuti pada hari kedua iaitu pada 24 Februari 2018 yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Puan Siti Nurlisia berkata dalam sesi ujibakat itu para peserta mestilah mampu menyerlahkan bakat pelbagai karakter. Antaranya seperti watak yang penyayang, watak antagonis. Contohnya seorang yang panas baran atau sedang marah apabila bercakap kata-katanya pedas. Jadi tak perlulah menjerit, cukup sekadar bercakap namun kata-kata yang dilontarkan itu memberikan kesan yang begitu mendalam. Jadi permainan watak itu sebenarnya yang penting.”

Antara aksi-aksi juri dan para peserta yang hadir pada siri jelajah DFKL di Johor Bahru

Namun, menurut pelakon dan pengarah terkenal yang juga merupakan Juri Kreatif pada siri jelajah DFKL2018 di Johor Bahru ini, Sheila Rusly atau lebih gemar dipanggil Sis, berharap mahu melihat peserta yang hadir untuk diujibakat datang dengan persiapan dan idea yang baru serta bernas.

“Saya mahu peserta yang bertenaga, tahu apa yang cuba untuk dipersembahkan kepada juri. Malah, jalan cerita dan watak sudah siap sedia diminda peserta.”

 

Sepanjang dua hari siri jelajah ini berlangsung, seramai 135 orang peserta ujibakat datang untuk mengetengahkan bakat masing-masing. Manakala sesi kongsi pula, seramai 22 orang hadir untuk berkongsi dan memberikan idea untuk diketengahkan kepada juri yang diketuai oleh Datuk A.Aida sendiri.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan artis popular seperti, Janna Nick, Izzue Islam, Ashraf Muslim, Azira Shafinaz, Bell Ngasri, Hafidz Roshdi, dan Aprena Manrose.

Jadi, kepada anda yang mempunyai bakat tetapi tidak sempat untuk menghadirkan diri di Johor Bahru ini, anda masih berpeluang untuk menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri pada siri jelajah DFKL 2018 yang akan berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada 3 hingga 4 Mac 2018 nanti! Jangan ketinggalan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

#KitaPunya 爱国运动 「阿牛」陈庆祥代言人之一

配合即将到来的第61届国庆日,首要媒体集团从8月1日起展开主题为“KitaPunya”的爱国运动,并举办系列活动让全民参与,将爱国情怀洋溢整个马来西亚!

Featured Sat, 19 Mar 2022

Kerajaan Meluluskan Kadar Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Bermula 1 Mei Ini – PM

Alhamdulillah, berita baik buat semua rakyat Malaysia 🤩

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

《李宗伟》创大马电影中国上映记录 8000家戏院上映

电影《李宗伟:败者为王》确定9月7日登中国,在当地8000家戏院上映,创大马电影中国上映纪录!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Sun, 24 Nov 2024
Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Kesian, Buat Apa Pun Kena Kecam” – Aksi Baby Shima Nyanyi Tegak Curi Perhatian

Haa kenapa pulak ni? Baby Shima tak gelek pun jadi isu juga..

error: Content is protected !!