Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 24, 2019 @ 8:00am

Empat Hari Tayang, Lebih Sejuta Tonton MV ‘Sakit’

Lagu dan muzik video (MV) Sakit nyanyian Achey menduduki tangga kedua di carta trending di YouTube.

Menariknya juga, Sakit yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu sudah mencecah lebih satu juta penonton.

Bagi Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, melodi, mesej dan jalan cerita yang ditampilkan menjadi kelebihan kepada lagu ciptaan bersama rakannya, Shuk Aziz itu.

“Saya tidak mahu bersaing dengan penyanyi lain. Saya menyanyi tak sehebat mereka, tapi nak lagu ini orang faham dan boleh terima melodi serta lirik.

“Kefahaman terhadap lagu ini lebih penting. Ini untuk diri saya. Tapi, untuk penyanyi profesional, memang saya rasa perlukan vokal dan penghayatan.

“Pada saya, hanya ada penghayatan, vokal tidak seberapa. Saya gunakan apa kelebihan yang ada. Saya nak maksud dan mesej lagu ini sampai pada pendengar. Saya ada karektor tersendiri terhadap lagu ini,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia berharap lagu itu dapat diterima baik sekali gus mesej yang ingin disampaikan berjaya difahami.

“Saya nak lagu ini meletup dan diterima ramai. Saya harap ramai yang ‘cover’ lagu ini sebab suka tengok orang yang ‘cover’ lagu saya sebelum ini.

“Bagi remaja, saya percaya mereka suka ’cover’. Saya tak harap sampai ke peringkat Anugerah Juara Lagu, sebab sedar kemampuan.

“Cuma, kalau diterima ramai dan disokong untuk menjadikan lagu ini dalam kelompok itu saya berbesar hati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 12 Dec 2018

Cara Untuk Jadikan Peranti Pintar Sebagai “Speaker” PC

Sebagai langkah alternatif untuk PC yang yang rosak atau tiada pembesar suara, berikut kami kongsikan cara untuk menjadikan peranti pintar Android sebagai sebuah pembesar suara bagi PC ataupun komputer riba.

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Featured Fri, 20 Jun 2025
Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Hensemnya Laki Orang, Gagah!” – Silat Fattah Amin ‘Pukau’ Peminat

Fuhhhh, machonya Fattah Amin bersilat! Untunggg Fazura 🤪

Featured Sun, 10 Nov 2024

Nyanyian Fazura Dikecam, Pengurus Kesal Nama Dipetik  – “Saya Memang Tak Ada Kena Mengena Dengan Projek Lagu Itu”

Pengurs Fazura menegaskan bahawa dia tiada kena mengena dengan promosi lagu tersebut di Indonesia.

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
error: Content is protected !!