Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 25, 2019 @ 11:00am

Rebecca Ralat Dengan Pembantu Rumah

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam tidak dapat menahan rasa sedih apabila barang kemas mewah, iaitu seutas rantai leher dan gelang berjenama Chopard yang merupakan hadiah hantaran perkahwinannya sepuluh tahun lalu, hilang semasa dalam simpanannya di rumah. 

Memetik laporan sebuah portal, Rebecca menyedari kehilangan rantai leher dan gelang tersebut sewaktu sedang mengemas biliknya Ahad lalu. 

Rebecca berkata, barang kemas tersebut jarang dipakainya dan sememangnya disimpan dengan baik di dalam kamar tidurnya. 

Walau bagaimanapun, selain dari suami dan dirinya, Rebecca mengakui dia hanya mengizinkan tiga orang pembantunya untuk masuk ke kawasan kamar. 

“Saya memang tengah sedih sangat tapi tak tahu nak cakap macam mana. Sedih, sebab rantai dan gelang itu hantaran kahwin saya yang saya sayang sangat-sangat dan jarang pakai. 

“Saya simpan barang kemas itu atas almari alat solek…tetapi selain dari saya dan suami, ada tiga orang pembantu rumah yang saya izinkan masuk.  

“Ramai yang puji pembantu rumah saya semuanya baik-baik…saya tak rasa mereka ambil tapi tak tahulah sebab saya dah puas cari,” ujar Rebecca dengan nada sedih di dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun instagram miliknya. 

Yang lebih menyedihkan lagi, Rebecca berkata, dua orang dari pembantu rumahnya itu telah pulang ke kampung halaman masing-masing dan seorang lagi akan pulang pada Januari depan. 

“Saya ralat dan sedih sangat-sangat, rasa macam serba tak kena, macam nak nangis.  Ini umpama mimpi ngeri buat saya. Saya doa agar Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Saya ada mengadu pada suami, dia cuma nasihatkan saya supaya redha dan doa banyak-banyak sebab barang pun dah hilang,” tambah Rebecca.

 

 
 
 
View this post on Instagram

I’m speechless ?… . . #mrsazam #23122019 #RantaiDanGelangHantaranHilang ?

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

 

Rebecca mendakwa ketiga-tiga pembantu rumahnya mengikutinya di Instagram dan dia berharap jika mereka melihat entri tersebut dan ada terambil barang kemasnya, dia memohon supaya mereka memulangkan semula barang yang diambil. 

“Macam biasalah, bila kamu buat salah, saya sentiasa maafkan… jadi jikalau kamu tengok IG saya ni,  tolong pulangkan kembali jika ada ‘terambil’.

“Saya tak mahu menuduh,  tetapi itu pemberian boss kepada saya, sepanjang 10 tahun berkahwin,” katanya lagi. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan musibah yang menimpa Rebecca dan ada juga yang berkongsi ‘kisah’ yang mereka lalui dengan pembantu rumah yang tidak jujur dalam mencari rezeki .

Kredit Foto: Instagram @rebeccanurislamahmad

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

June Lojong Anggap Watak Dalam Filem Polong Antara Paling Berat Pernah Dibawa

Menurut June Lojong, wataknya dalam filem Polong mendapat ilham daripada kisah benar.

Featured Thu, 8 Jul 2021

Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika […]

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Tue, 16 Jul 2024
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

“Happy Birthday B***”, Ayah Dua Lipa Dikecam Netizen Malaysia?

Dua Lipa lantas menukar caption tersebut tanpa membalas komen yang ditinggalkan. Namun, terdapat segelintir rakyat di negara ini berasa malu dengan tindakan sesetengah netizen Malaysia yang tidak tahu menghormati bahasa ibunda negara lain

Featured Mon, 27 Dec 2021

“Kenapa Siap Tidur Dekat Situ?”- Berkhemah & Berjaga Di Kubur, Rupa-Rupanya…

Satu video di TikTok yang menunjukkan tiga orang individu sedang duduk dan berbaring di sebelah sebuah kubur telah menimbulkan pelbagai pertanyaan netizen. Video yang dimuat naik oleh @oreo_bamban itu disertakan kapsyen, “Jaga mental kalian walaupun […]

error: Content is protected !!