Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 22, 2019 @ 10:34am

Gadis Berat Naik Mendadak 200kg Meninggal Dunia

Berat seorang gadis yang naik secara misteri sehingga mencecah 200 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan pernah menjadi tular di media sosial suatu ketika dahulu.

Terbaru, gadis tersebut Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi pada jam 10.50 malam di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Menurut ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, Nur Izzati Afiqah yang menderita penyakit misteri itu selama lima bulan, dikatakan telah mengalami pendarahan luar biasa sebelum ‘pergi.’

Pada mulanya, mereka menyangka dia hanya datang haid tetapi darah tersebut keluar dalam keadaan yang banyak dan berketul pada jam 2 petang.

Kata Zainab, Nur Izzati Afiqah ketika itu masih boleh bercakap seperti biasa tetapi  keadaannya beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

 

Dia yang mempunyai hubungan rapat dengan arwah kerana mengurus dan menjaganya setiap hari dan seluruh ahli keluarga reda akan ketentuan yang telah ditetapkan.

Difahamkan, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.

Urusan pengebumian turut akan dibantu oleh Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas susulan keadaan fizikal arwah.

Keadaan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka itu mendapat perhatian ramai apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ sehingga 200 kg dalam tempoh tiga bulan.

Arwah yang sebelum ini mempunyai berat 150kg dan penyumbang kewangan keluarga, hanya mampu terlantar di atas tilam dan diuruskan oleh ahli keluarganya.

Doktor juga dikatakan gagal mengesan punca sebenar penyakitnya itu. Malah, adik bongsu arwah, Muhammad Khairul Akram, 25, turut berdepan masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Guling Atas Lebuh Raya, Kereta ‘Lawan Arus’… Ubai MZ Kongsi Tiga Detik Cemas Hampir Ragut Nyawa

Ubai mendedahkan dia pernah terlibat dalam tiga kemalangan berasingan ketika menunggang motosikal dan memandu kereta

Hiburan Wed, 3 Sep 2025
Trending Thu, 18 Oct 2018

Sila Berlindung Jika Berlaku Fenomena ‘Awan Bergulung’

Sila Berlindung Jika Berlaku Fenomena ‘Awan Bergulung’, Boleh Undang Bahaya – Jabatan Meterologi

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Betty Rahmad Akui Tak Mudah ‘Homeschool’ Anak – “Kena Ada Ilmu, & Disiplin, Nak Upah Tutor Duit Perlu Berkepuk”

Betty Rahmad akui homeschool anak banyak cabaran, ada kelebihan dan kekurangan

Trending Fri, 7 Sep 2018

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Gaun super cantik yang terdapat dalam babak perkahwinan Crazy Rich Asians itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

error: Content is protected !!