Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 27, 2018 @ 3:54am

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Neelofa Jawab Isu Kelab Malam

Wow! Tak sangka Neelofa lancar koleksi tudung terbarunya di sebuah kelab terkemuka di Kuala Lumpur kan? Namun, tindakannya itu mengundang kecaman teruk daripada peminat beliau sendiri mahupun netizen. Alahai Lofa, kenapalah pilih tempat macam tu?

Menurut Lofa dalam satu temubualnya bersama Berita Harian, beliau tidak akan mempedulikan apa jua kata-kata netizen berhubung pelancaran koleksi terbarunya ini.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.” Jelasnya.

Namun, keterujaan golongan wanita untuk mendapatkan tudung koleksi terbaru Lofa iaitu #BeLofa ini mungkin tersekat apabila ramai yang mempertikaikan kenapa majlis seumpama ini yang berkait rapat dengan agama diadakan di tempat sebegini dan bukannya di tempat yang lebih tertutup atau hotel-hotel mewah.

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang.” Katanya

Dalam masa yang sama, selain melancarkan koleksi tudung terbaru beliau, Lofa juga turut menyambut majlis ulangtahun ke 29 beliau di sana.

Dan, apa yang lebih mengundang kemarahan orang rama lagi ialah, statement Lofa yang mengatakan tempat tersebut jauh lebih murah berbanding tempat lain sama sekali ditolak oleh peminat dan followers beliau yang kini sudah mencecah 5.5 juta itu.

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang  8 kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.” Tambahnya Lagi

Pelancaran tudung baru #BeLofa semalam

Tindakan Lofa yang katanya ingin mengikut tema itu nyata mengundang kontroversi pelbagai pihak sehingga ada yang melabel beliau sebagai biadap kerana menyentuh sensitiviti masyarakat.

Tapi, pelik juga kenapa Lofa tak dapat tajaan mana-mana pihak? Lofa kan seorang yang berpengaruh?

Apapun Lofa, diharap hal sebegini dijadikan iktibar untuk masa hadapan okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Ben Amir Buktikan Dia Pelakon Versatil

Romantik boleh, seram boleh…apa lagi?

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Dewan Mentor Milenia Gamat! Suara Macam Tok Ti Tapi…

Wow! Siapa yang nyanyi cam Tok Ti ni??

error: Content is protected !!