Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 4, 2020 @ 8:20pm

Abang Sulung Naqiu Kembali Ke Rahmatullah

Abang sulung kepada penyanyi Naqiu, Huzaini Hussein meninggal dunia jam 8.30 malam semalam di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Naqiu yang juga salah seorang juara program realiti televisyen, Gegar Vaganza 2019 berkata arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan kali terakhir dia bertemu arwah adalah sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri dua tahun lalu. 

“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa.  Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.

“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana beradai di Kulim, Kedah. 

“InshaAllah, saya akan pulang esok dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Naqiu lagi, abangnya merupakan individu pertama yang memulakan kerjaya seninya dalam industri muzik. 

“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari.  Jadi dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.

“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. 

“Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Naqiu yang juga merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik itu.  

Gambar ihsan Harian Metro

Kredit Foto: Harian Metro & Instagram @thisisnaqiu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Feb 2023
Featured Fri, 20 Dec 2024

Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Mahu Bekas Isteri Mohon Maaf – “Kalau Gagal Saya Tuntut Ganti Rugi”

, Jay menyerahkan notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya pada Khamis.

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

Bapa Bangga Lihat Amad Dayyan Tekun Belajar, Selit Pesanan Buat Pengkritik – “Abaikan Mulut Yang Menyalak”

Bapanya, Saiful Anuar, berkongsi rutin harian Amad yang kini dilihat semakin memberi tumpuan terhadap pembelajaran.

Kisah Viral Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Drama Band Raikan 15 Tahun Perjalanan Seni Menerusi Konsert Istimewa!

Konsert ulang tahun istimewa ini bakal berlangsung pada 31 Januari 2026 di RCD BIG Studio, Shah Alam!

error: Content is protected !!