Euforia Bola 2026
Trending By: Del14 January 7, 2020 @ 11:00am

Teater Semarak PertiwiKu Buka Mata Tentang Gejala Rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), tampil mempersembahkan sebuah teater berjudul Semarak PertiwiKu yang mengangkat integriti sebagai subjek utama.

Semarak PertiwiKu merupakan sumbangan SPRM kepada rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan yang bersih dan bebas rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Yang Berusaha Puan Latheefa Koya dengan rasa penuh teruja mengumumkan teater tersebut bakal dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada hujung bulan Januari apabila ia mendapat sambutan hangat sewaktu pementasannya pada Julai 2019 lalu di Kuching, Sarawak.

Teater tersebut akan dipentaskan di dalam dialek Melayu Sarawak kerana ingin mengekalkan keaslian persembahan dan juga kerana mesejnya yang kuat. 

“Mendekati masyarakat melalui seni telah lama SPRM Iaksanakan. Sebelum ini pada Oktober 2017, SPRM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Aswara telah mementaskan naskhah bertajuk “Bahara Emas”.

“Melaluinya, mesej disampaikan kepada penonton tentang bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah dan keruntuhan sebuah kerajaan.

“Begitu juga dengan Semarak PertiwiKu, pengisiannya akan membawa aspirasi kepada setiap anggota masyarakat termasuk penjawat awam supaya berintegriti tinggi. Saya yakin ia juga mampu menyemai semangat patriotisme selain mewujudkan kehidupan yang maju, aman dan sejahtera,” ucap Latheefa Koya.

Mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan sehingga tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega, kisah yang ditonjolkan di dalam teater Semarak PertiwiKu bukanlah sesuatu yang asing, malah sering kita dengar sehingga masyarakat naik jelek dengan perlakuan keji seperti ini. 

Disutradarai oleh Muhammad Azri Ali, bersama Pengarah Projek, Abdul Walid Ali, Pengarah Artistik, Muhammad Qawiem Bin Hamizan dan Pengarah Muzik, Iran Musodiq, persembahan teater ini juga menggunakan khidmat pelakon berkaliber dalam menyampaikan mesej penting yang cuba disalurkan dalam medium hiburan.

Aktor berprolifik tinggi, Ungku Ismail diberi tanggungjawab besar bersama dramatis Sherie Merlis dalam menggerakkan Semarak PertiwiKu bersama barisan pelakon lain termasuk Anding dan Taufik Hanafi.

“Semarak PertiwiKu selaras dengan hasrat kerajaan untuk membanteras gejala rasuah. Ia juga adalah sebuah teater yang bertemakan integriti dan sebuah usaha cukup baik untuk mendidik masyarakat tentang rasuah khususnya dalam kalangan penjawat awam,” kata Pengarahnya, Muhammad Azri Ali.

Semarak PertiwiKu akan dipentaskan selama dua (2) hari bermula 30 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya dan masuk adalah percuma!

Kredit Foto: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Sep 2025

Experience Content! REV Media Group Hidupkan Semangat Baharu di Exploding Content 2025

REV Media Group mengumumkan kembalinya acara tahunan Exploding Content 2025 yang akan berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober di Basecamp Bangsar.

Hiburan Fri, 23 Jun 2023

Bakal Dinikahkan Malam Ini, Ibu Shuib Dedah Watie Mirip Arwah Siti Sarah

Wahh semoga dipermudahkan segala urusan Shuib & Watie

Featured Wed, 1 Feb 2023

Tersipu Malu! Meerqeen Dedah Selebriti Yang Diminati Hun Haqeem

Alolo Hun memalu pulak! Siapa crush dia tu ek?

Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Jayakan Babak Kontroversi Jadi Imam Solat Jemaah Lelaki & Wanita… Marissa Yasmin Berdoa, Minta Ampun Kepada Allah

Marissa Yasmin menegaskan babak itu tidak dibuat untuk mengelirukan akidah, sebaliknya bertujuan menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat.

error: Content is protected !!