Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 10, 2020 @ 12:46pm

Warna-Warna Suara Diangkat Sebagai Tema #AJL34 Kali Ini

Anugerah Juara Lagu 34 hadir dengan tema Warna-Warna Suara bakal menemui peminatnya pada 9 Februari ini.

Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9.00 malam. Pada malam itu nanti, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan Karpet Merah secara strim langsung definisi tinggi (HD) di laman tonton pada pukul 8 malam, atau pada pukul 8.30 malam di TV9.

Seramai 12 finalis yang telah dikenal pasti akan berentap demi gelaran Juara Lagu 34 ditemani oleh Haziq Hussni, Sherry Al Hadad dan Awal Ashaari selaku hos untuk acara berprestij ini. 

 

Seperti tahun lalu, AJL34 juga akan menjual tiketnya melalui laman web https://myticket.asia/ dengan harga serendah RM30, bermula hari ini, 9 Januari 2020, pada pukul 9 malam. Para peminat AJL34 boleh dapatkan tiket AJL34 mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30). 

Peminat tegar finalis AJL34 turut berpeluang bertemu selebriti pujaan mereka sebelum tiba AJL34 di sebuah acara kolaborasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Showcase Anugerah Juara Lagu 34 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Januari 2020 di Panggung Anniversari, Taman Botani, Kuala Lumpur.

So, jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil nanti! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Apr 2025
Hiburan Tue, 14 Oct 2025

Empat Suara, Satu Jiwa: Anuar, Ziana, Ernie & Syamel Bersatu Dalam ‘Jangan Henti’

Jangan Henti membawa mesej tentang kasih sayang, kekuatan dan semangat

Selebriti Sat, 1 Feb 2020

Rebecca Nur Islam Meraung Di Lapangan Terbang?

Rebecca Nur Islam dan anak-anak meraung hiba di lapangan terbang. Kenapa ya?

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Beri Bayangan Mahu Bersara…Sheila Rusly Minta Petunjuk

Harap-harap Sheila dapat pertimbangkan kembali…

Featured Sat, 9 Aug 2025

[VIDEO] Sebak! Rindu Arwah Ibu, Ubai MZ Kongsi Voicenote Terakhir

Ubai MZ mencuri perhatians elepas berkongsi ‘voicenote’ terkahir Allahyarham ibunya.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Eina Azman Dapat Kereta Mewah Lagi?

Datin Eina Azman telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-23 dan ramai yang tertanya-tanya hadiah apakah yang bakal diterima oleh Eina memandangkan beliau seringkali mendapat hadiah mewah daripada suaminya,  Datuk Paduka Kaiser?

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
error: Content is protected !!