Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 11, 2020 @ 2:20pm

“Jangan Tawarkan ‘Job’ Kalau Tak Ada Bajet!” – Didie Alias

Marah betul pelakon, Didie Alias dengan sikap segelintir produksi yang memberikan tawaran lakonan kepadanya namun diam seribu bahasa kemudian menggugurkan namanya di saat-saat akhir atas alasan ‘tiada bajet’ atau menyalahkan stesen televisyen. 

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. Ali meluahkan rasa tidak puas hati kerana diperlekehkan oleh sebuah syarikat produksi yang menjanjikannya watak di dalam projek drama mereka sehinggakan dia menolak tawaran lain disebabkan menunggu kata putus daripada pihak terbabit. 

“Saya rasa saya dah berlakon dah lama, jadi pada  pembantu produser atau produser yang nak tawarkan saya berlakon, pastikan korang ada bajet.

“Kalau takde bajet, tak yah telefon saya. Korang ‘hold‘ saya sepuluh hari…dua minggu sampaikan saya tolak ‘job‘ lain, tapi esok lusa nak mulakan penggambaran, korang boleh buang macam tu je atas alasan bajet tak ada.

“Saya tanya mahal sangat ke harga yang saya letak? Jangan cadangkan nama saya kat stesen nama saya dah diluluskan, tapi deal hujung-hujung bajet korang tak ada. 

“Saya bukan mintak RM5,000 atau RM3,000 untuk sejam punya slot. 

Bila saya tanya, awak senyap dan kemudian alih-alihkan salah stesyen televisyen. 

“Apa masalah korang? Stesen hanya meluluskan artis. Saya juga pernah jadi penerbit,” katanya di dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. 

Didie turut berkongsi tangkapan skrin perbualannya bersama individu yang bernama Irda menerusi entri Instagramnya itu. 

Perkongsian Didie di Instagramnya itu dihujani komen dari rakan-rakan artis yang menghadapi nasib yang sama sepanjang bergelar anak seni seperti Amyza Aznan dan Nabila Huda yang menulis komen panjang, menyokong Didie kerana menyuarakan hal tersebut. 

Malah Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil turut menyuarakan pendapat supaya semua pelakon meminta wang deposit apabila ditawarkan sesuatu watak supaya pihak produksi tidak boleh dengan senang lenangnya menggugurkan nama mereka di saat-saat akhir. 

 

Kredit Foto: Instagram @ladydidiemsia

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Apr 2026

Digelar ‘Syaitan’ Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta

Usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Illias bakal  mengambil tindakan undang-undang terhadap bapa kepada pempengaruh media sosial, Aisar Khaled.

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Teguran Tak Diendah, Datuk Red Luah Rasa Kecewa

Kita manusia sudah mencuba segala terdaya tapi apa kam daya hanya Allah sahaja tempat mengadu. Ya Allah, ampuni dosa aku…

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Katanya Emma Maembong, Syed Abdullah Sudah Bernikah?

Emma Maembong, Syed Abdullah Didakwa Sudah Bernikah?

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Contest Wed, 24 Oct 2018
error: Content is protected !!