Hiburan By: Del14 January 11, 2020 @ 10:03pm

Raih 30 Juta! Ejen Ali The Movie Bakal Ada Sekuel?

Filem animasi, Ejen Ali The Movie (EATM) berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta selepas lebih kurang 6 minggu sejak ditayangkan 28 November tahun lalu.

Filem produksi terbitan bersama Primeworks Studios dan WAU Animation itu turut menduduki carta teratas filem pecah panggung tempatan 2019.

Menurut penerbit EATM, Faiz Hanafiah, kemunculan watak animasi bertudung merupakan salah satu usaha mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia dan Indonesia.

“Tudung identiti kaum Melayu justeru filem animasi ini menggambarkan pelbagai kaum berbilang yang boleh diterapkan kepada anak-anak kecil yang datang menonton,” katanya.

Malah, karya arahan Usamah Zaid Yassin itu juga disenaraikan sebagai antara tiga filem tempatan yang mencatat pungutan terbanyak sepanjang zaman.

Filem berkenaan berkisar mengenai kanak-kanak berusia 12, Ali, direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukan satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa dikenali sebagai IRIS atau Infinity Retinal Intelligence System.

Inovasi baharu itu dipersoalkan Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  WAU Animations, Usamah Zaid, pembikinan Ejen Ali The Movie lebih sukar dari kartun bersiri kerana ia adalah lebih teliti dan mengambil kira-kira 90 orang animator di studio untuk menyiapkannya, sehinggakan ada yang menangis!

Namun demikian, kejayaan EATM menunjukkan segala penat lelah adalah berbaloi dan ini menjadikan satu motivasi bagi pihak mereka untuk menjadikan sekuel EATM yang sedang dalam pembincangan, sebagai realiti.

Selain Malaysia, Ejen Ali The Movie turut ditayangkan di Singapura dan Brunei. Di Indonesia pula, ia menjengah pawagam negara itu mulai 1 Januari lalu.

Baca: 28 Hari, 28 Juta! Ejen Ali The Movie Lakar Sejarah Dan Kini Bakal Ditayangkan Di Indonesia

Kredit Foto: Instagram @airincupcakery

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Sibuk Dengan Karier, Zizi Kirana Akui Bakal Kahwin Lambat Lagi?

Tak kisahlah kawin lambat pun, yang penting berpanjangan ye dak?

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Ziana Zain: “I’m a Mother as Well as a Father to My Children…”

“I would prepare their breakfast and send them to school, and return home to prepare their lunch…”

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Inikah Natasha Yang Menjadi Pilihan Hati Datuk Seri Eizlan Yusof?

Tak sabar tunggu apa yang diwar-warkan bakal jadi Wedding Of The Year ini!

LIFESTYLE Tue, 1 Oct 2019

6 Fakta Tentang Serangga Bernama Lipas

Korang Takut Lipas? Baca ini

Featured Wed, 28 Dec 2022