Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 13, 2020 @ 7:18pm

Takut Terkandas Di Manila, Ruhainies Sanggup Ke Korea?

Pelakon jelita Ruhainies mengakui dia panik apabila penerbangan pulangnya ke Kuala Lumpur malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dibatalkan akibat letusan gunung berapi Taal awal pagi semalam. 

Ruhainies berada di Manila bagi memenuhi undangan sebagai penyampai trofi pada kemuncak 24th Asian TV Awards yang berlangsung dari 10 hingga 12 Januari lalu bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak. 

“Saya sepatutnya menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air, jam 9.30 malam tadi.  Namun, ketika berada di ruang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila, kami mendapat maklumat penerbangan dibatalkan. 

“Biarpun ditemani ibu dan bapa, saya agak panik, tambahan pula ia pengalaman pertama berdepan situasi seperti itu.  Tidak lelap mata dibuatnya sejak mendapat tahu berita letusan gunung berapi Taal, kelmarin. 

“Saya hanya memikirkan bagaimana untuk segera pulang ke tanah air kerana sudah mempunyai komitmen kerja yang dipersetujui,” kata Ruhainies kepada BH Online. 

Pemilik nama penuh Nur Farehah Binti Zainul Ilyas itu berkata mereka menunggu di lapangan terbang sehingga jam 2 pagi, sebelum memutuskan untuk kembali ke hotel. 

Namun, dia bersyukur kerana kekasihnya sanggup berusaha untuk mendapatkan maklumat penerbangan lain walaupun terpaksa menaiki pesawat dari lapangan terbang yang berbeza.

“Alhamdulillah, jam 5.30 pagi tadi, kami tiba di Lapangan Antarabangsa Clark yang mengambil masa dua jam perjalanan dari pusat bandar.  Lokasinya juga sedikit jauh dari kawasan berlakunya letusan gunung berapi.

“Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja lebih dan perlu terlebih dahulu terbang ke Korea Selatan, saya reda.  Apatah lagi, hanya itu penerbangan paling awal yang ada. 

“Bukan hanya kami, malah penumpang lain turut mengambil langkah sama kerana tidak mahu terkandas lama di lapangan terbang.  Jika tidak, kami terpaksa menunggu beberapa hari lagi,” katanya.

Sekembalinya ke ibu negara, Ruhainies akan memulakan penggambaran filem Seandainya Kau Ada, selain sebuah drama untuk slot Samarinda di TV3.  

Kredit Foto: Instagram @ruhainies7 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 5 Mar 2022
Hiburan Fri, 12 Jul 2024

Tengku Hassanal Minta Hormati Keputusan & Privasi Perkahwinan

“Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih,” – Tengku Hasanal

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Achey Tuju Lagu Untuk Makcik Bawang

Video yang dimuatnaik di laman Youtube sejak semalam ini sudah ditonton hampir 94,000 orang. Wow, luar biasa ni Achey. Tapi memang best lagu ni, korang kena layan ok!

Featured Mon, 21 Nov 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022

Mona Allen Nak ‘Cop’ Anak Che Ta Jadi Menantu?

Manis Aaisyah ni, ramai peminat! Hihiii 🤩☺️

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

“Kebetulan Sama, Saya Tak Tipu” – Amira Othman Respons Baju ‘Sedondon’ Lagi Dengan Fattah Amin

Amira Othman anggap baju sedondon dengan Fattah Amin satu kebetulan

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

50 Tahun?? JLo Masih Bergetah!!

Diet starts now!! *Tolak nasi lemak, capai salad*

Featured Wed, 10 Dec 2025

PU Amin Dilabel FOMO Gara-Gara ‘Angkat’ Restoran Khairul Aming, Ini Respons Empunya Badan – “Kita Tumpang Bangga!”

PU Amin tampil menjawab dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya beriya-iya mempromosikan restoran milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

Abang Sulung Naqiu Kembali Ke Rahmatullah

Semoga rohnya dicucuri rahmat…

error: Content is protected !!