Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 22, 2020 @ 9:45pm

Cinta Rihanna Dan Drake Kembali Bertaut?

Penyanyi kelahiran Barbados yang begitu popular di Hollywood, Rihanna atau Riri dilihat bermesra dengan bekas teman lelakinya, penyanyi rap Drake ( 33) di kota New York pada Jumaat. 

Pada hari yang sama, berita mengenai perpisahan Rihanna dengan kekasihnya, seorang ahli perniagaan dan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel tersebar.

Rihanna dan Hassan berpacaran selama lebih kurang 3 tahun sebelum hubungan mereka berakhir minggu lepas. Pertama kali gosip mengenai mereka timbula apabila Rihanna dan Hassan dirakamkan sedang bercuti bersama-sama di Spain, pertengahan tahun 2017. 

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty dirakamkan berdiri berdekatan dengan Drake di sebuah konsert, namun tidak diketahui sama ada mereka datang bersama-sama atau tidak. 

Terdahulu, Rihanna dan Drake sudah beberapa kali digosipkan sedang bercinta sebelum hubungan mereka berakhir pada 2016. 

Sumber dan Kredit Foto: Pagesix.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023
Fab Foodies! Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Mon, 30 Dec 2024

Pelaksanaan Penghakiman Ditangguh, Che Ta Sudah Bayar MARA RM550,000

Namun, baki hutang pinjaman hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan.

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Pemenang Filem Terbaik FFM 34 Bakal Terima Dana Kandungan Kreatif RM1 Juta

Pemberian dana RM1 juta melambangkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh industri filem tempatan agar mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Events Fri, 21 Jun 2019

I Can See Your Voice Musim Kedua Lebih Mencabar?

Jangan ketinggalan untuk saksikan ICSYVMY musim kedua pada AHAD Ini!

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Lenyap Dari Industri Seni Tanpa Jejak, Di Mana Azar Azmi?

Di mana pun dia berada, semoga Azar baik-baik selalu

error: Content is protected !!