Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 25, 2020 @ 8:00pm

Cinta Terlerai Selepas 10 Tahun, Vanessa Hudgens Dah Move On?

Setelah hubungannya yang hampir masuk sedekad dengan Austin Butler berakhir, kini pelakon yang popular menerusi High School Musical, Vanessa Hudgens (31) dikatakan sedang bermain cinta dengan atlit bola keranjang Los Angeles Lakers, Kyle Kuzma (24). 

Kyle Kuzma, bintang bola keranjang L.A Lakers. Foto ihsan: IG @kuz

Baru-baru ini, pasangan itu dilihat meluangkan masa bersama dengan menikmati makan malam di sebuah restoran mewah di Kota New York. 

Vanessa sememangnya peminat sukan bola keranjang, terutama sekali kumpulan L.A Lakers sering dilihat menonton permainan itu. Baru sahaja minggu lepas, pelakon ini berada di Staples Centre menonton pasukan kegemarannya bermain dan memuat naik video tersebut di akaun Instagram miliknya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Ugh @lakers @kingjames @kuz @dwighthoward my heros???

A post shared by ?Vanessa Hudgens? (@vanessahudgens) on

Walau bagaimanapun, menurut sumber terdekat dengan Vanessa, walaupun pasangan ini amat serasi dan mereka begitu seronok bersama tetapi hubungan mereka tidak serius.  

“Vanessa suka berkawan dengan Kyle dan ini cara yang bagus untuk dia sibukkan dirinya buat ketika ini. Mereka sentiasa berhubung dan berniat untuk meluangkan masa bersama, tetapi Vanessa tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan cinta buat masa ini, kata sumber tersebut kepada E!online

Sebelum Austin, Vanessa pernah berpacaran dengan aktor Zac Efron pada 2005 yang menjadi kekasihnya di dalam High School Musical tetapi hubungan mereka berakhir lima tahun kemudian. 

Saling berbalas komen di Instagram! – Foto ihsan: IG @kuz

 

Kredit Foto: Instagram @kuz & @vanessahudgens

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Dec 2025
Hiburan Mon, 21 Jul 2025

[VIDEO] Hafiz Suip Akui Gagal Kawal Sifat Amarah Punca Diri & Keluarga Hancur 

Hafiz Suip Kesal Sifat Amarah Hancurkan Rumah Tangga

Fab Foodies! Tue, 11 Sep 2018

Jangan Stress Nak Kurus, Gadis Ini Hilang 17 Kg Lepas Amal Diet Sihat!

Nasi kena makan, tak perlu menyeksa diri dengan diet yang ketat. Ini cara efektif yang dikongsinya. Boleh cuba, Insha Allah menjadi guys! Ingat, jangan terlampau strict dengan diet nanti stress pula.

Hiburan Fri, 10 May 2019
Featured Thu, 31 Mar 2022
Featured Tue, 26 Aug 2025

“Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi

Abby mendoakan agar anaknya itu diselamatkan segera dari hubungan toksik.

error: Content is protected !!