Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd February 3, 2020 @ 5:24pm

“Takut Nanti Susah Jemaah Malaysia Nak Buat Umrah”- PU Amin Komen Isu Sajat Berpakaian Mirip Wanita Di Mekah

Nampaknya, isu Sajat ni tak akan berakhir..

Nama usahawan dan pemilik kosmetik terkenal, Nur Sajat sekali lagi tular di laman sosial. Terbaru, usahawan itu mencipta kontroversi apabila berpakaian persis wanita ketika menunaikan ibadah umrah tempoh hari. 

Dalam satu video yang dimuatnaik di laman Instagramnya, Sajat dilihat mengenakan serba putih  sambil berjalan di sekitar ruang solat wanita. Sajat turut bergambar di hadapan kaabah bersama keluarganya.

Terbaru, pandangan dan pendapat daripada penceramah dan pendakwah bebas PU Amin mengenai isu ini telah menarik perhatian ramai pihak. Menurut PU Amin, tindakan Sajat yang menunaikan ibadah umrah tidak salah sebaliknya tindakan Sajat melanggar perjanjian dan peraturan dengan memakai pakaian persis wanita dan masuk ke dalam ruang jemaah wanita merupakan tindakan salah. 

Jangan buat hal kat sini, nanti semua orang Malaysia susah nak buat umrah

Menerusi laman Instagram beliau, PU Amin sempat  berkongsi kisah sewaktu dia dan rakannya berbual dalam bahasa Arab dan beliau sempat ditegur oleh seorang anggota polis di sana.  

Isu tersebut secara tidak langsung turut menjejaskan reputasi dan imej Masyarakat Malaysia di mata orang luar. Malah, menurut PU Amin lagi tindakan tersebut juga telah dilaporkan ke pihak atasan. Penceramah itu turut meluahkan kebimbangan beliau kemungkinan kawalan keselamatan dan peraturan buat jemaah Malaysia akan diperketatkan berikutan hal ini. 

Ramai pihak telah melontarkan pendapat dan pandangan masing-masing. Jantina sebenar Sajat masih menjadi isu utama. Persoalannya, mengapa masih ramai yang percaya mengenai identiti Sajat yang mendakwa dirinya Khunsa dan di manakah letaknya akal fikiran seorang pondan atau maknyah yang dilihat seakan-akan mencabar agama dengan berpakaian seperti perempuan ketika mengenakan ibadah umrah?

Sesungguhnya azab Allah amatlah berat buat umat yang melampaui batas. Sama-sama lah kita muhasabah diri..

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Trending Sun, 25 Mar 2018

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul. Ha, dengar tu. Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu ya…

Hiburan Mon, 29 Sep 2025

23 Tahun Berkarya, Misha Omar Ukir Sejarah Manis Wajah Terpampang Di Times Square

Misha Omar terharu terpampang di New York, Times Square #SpotifyEQUAL

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

Donnie Yen Kembali Gegar Layar Perak Dengan Filem The Prosecutor

Bintang terkenal Hong Kong, Donnie Yen, kembali menggegar layar perak melalui filem terbaharunya, The Prosecutor. Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar dan memaparkan gabungan aksi mendebarkan dengan elemen naratif yang penuh makna. Sebagai pelakon utama, […]

Hiburan Tue, 22 Apr 2025

Muat Naik Video Nikah, Aliff Syukri Dipuji Lelaki ‘Forest Flag’ – “Walau Dihina, Dia Tetap Angkat Darjat Isteri”

Aliff Syukri dipuji netizen angkat darjat isterinya makin tinggi walau teruk dikecam netizen

error: Content is protected !!