Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 29, 2025 @ 7:09pm

23 Tahun Berkarya, Misha Omar Ukir Sejarah Manis Wajah Terpampang Di Times Square

Penyanyi bersuara lunak, Misha Omar, melakar satu lagi sejarah manis apabila wajahnya terpampang di papan iklan gergasi Times Square, New York menerusi kempen global #SpotifyEQUAL.

Menerusi hantaran di Instagram, Misha atau pemilik nama sebenar, Samihah @ Aisah Omar, menyifatkan penghormatan itu bukan sekadar kejayaan peribadi, sebaliknya simbol kemenangan bersama buat semua yang menyokong perjalanan seninya sejak dua dekad lalu.

“Melihat wajah Kak Mitch (panggilan Misha) terpampang di billboard Times Square, New York adalah saat yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup.

“Jauh di sudut hati, ini bukan hanya kejayaan saya, tetapi kejayaan kita bersama….Terima kasih yang tidak terhingga kepada @spotify @spotifysg dan @spotifymy kerana telah mengangkat suara wanita melalui kempen #SpotifyEQUAL ini,” katanya.

Bagi penyanyi berusia 42 tahun itu, setiap bait lagu dan setiap langkahnya di pentas sepanjang 23 tahun bukan sekadar hiburan, tetapi lambang kekuatan, kasih sayang dan kecekalan seorang wanita.

“Sebagai wanita, setiap suara kita membawa seribu kisah tentang kekuatan, kasih sayang, dan kecekalan. Setiap kali kaki ini menginjak pentas, setiap bait lagu yang dinyanyikan, dan setiap halangan yang kita berjaya lalui, sebenarnya tanpa sedar, kita sedang membina jambatan untuk generasi wanita seterusnya bersinar dengan lebih terang,” katanya.

Pemilik lagu Break ini turut mengakui momen bersejarah itu mengukuhkan lagi keyakinannya bahawa muzik bukan sekadar kerjaya, sebaliknya legasi jiwa yang akan terus hidup.

“Selama 23 tahun, muzik adalah cara saya menyampaikan cinta dan kekuatan. Momen bersejarah seperti ini menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa muzik bukan sekadar kerjaya; ia adalah legasi hati yang akan terus bersemi dan menyentuh jiwa seluruh pendengar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Misha turut menzahirkan penghargaan kepada label rakamannya, Sony Music Malaysia, yang menjadi tulang belakang sepanjang karier seninya.

“Tanpa kasih sayang, sokongan dan kepercayaan, mustahil kerjasama kita bertahan sejauh 23 tahun,”tambahnya.

Lebih manis, kejayaan ini hadir seiring dengan pencapaian single terbarunya, Break, yang kini sudah meraih hampir 2 juta streams di Spotify, manakala 2.5 juta tontonan di YouTube menjadikan tahun ini antara detik paling gemilang dalam perjalanan seninya.

Dalam pada itu, pelantun lagu popular Bunga Bunga Cinta itu juga bakal mengadakan konsert DiA Misha Omar berlangsung pada 29 November ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Aug 2024

Statement ‘Ini Mungkin Abah Punya Last Tengok Badminton Olimpik’ Undang Sebak, Ramai Doakan Ayah Dayah Bakar Terus Sihat

Allahu, sebaknya! Moga ayah dan seluruh keluarga Dayah dikurniakan kesihatan berkekalan😥❤️

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Ahmad Dhani Keluar Penjara, Lagu Dewa 19 Berkumandang Sekitar Jakarta

Usai ketibaan Ahmad Dhani tiba di kediaman di kawasan Pondok Pinang, Jakarta Selatan, ramai peminatnya termasuklah pihak media sudah siap menunggu. 

Hiburan Sat, 2 Feb 2019

Sarimah Ibrahim Hamil Empat Bulan, Tahniah!

Alhamdulillah… semoga Sarimah dan kandungannya sihat sentiasa. Mesti comel bakal baby nanti!

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Selesai Merisik, Qi Razali Cari Tarikh Sesuai Bertunang

Qi juga akui dia cukup teruja untuk ke langkah seterusnya memandangkan dia bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri.

Trending Tue, 17 Apr 2018

Takut Tidur Sendirian Alasan Remaja Ini Berkahwin Di Bawah Umur

Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Featured Wed, 18 Sep 2024

Fattah Amin Curang? Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Hentikan Fitnah – “Fazura Sendiri Tak Cakap Suami Dia Curang”

Betul, tak ada sebab kita nak judge rumah tangga orang lain. Doakan yang baik-baik sahaja okay🫶

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
Featured Thu, 13 Oct 2022

Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Allahuakbar… kejamnya sampai macam tu sekali tulis 😥 Mana lah pergi letak akal tu!

error: Content is protected !!