Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 2, 2020 @ 12:27pm

Penduduk Hong Kong Sambut 2020 Dengan Tunjuk Perasaan Besar-Besaran

Lebih sejuta penduduk Hong Kong turun ke jalanan pada Hari Tahun Baharu, sekali gus menyaksikan kekacauan yang berlaku selama lapan bulan sebelum ini akan berlanjutan sehingga memasuki tahun 2020, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Satu perhimpunan besar-besaran diadakan di Victoria Park, menurut pertubuhan bukan berasaskan keuntungan tempatan Barisan Hak Asasi Manusia Sicil (CHRF).

Penunjuk perasaan menyekat penghadang di seluruh bandar raya itu selepas polis memberkas 10 individu dalam usaha mereka membendung demonstrasi tersebut.

Tunjuk perasaan di Hong Kong — sebuah wilayah autonomi di bawah China sejak 1997 — telah dicetuskan oleh langkah kerajaan menghalalkan ekstradisi ke tanah besar China. Rang undang-undang itu kemudian ditarik balik.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan terus memuncak dan mencetuskan desakan agar siasatan berhubung dakwaan keganasan polis dilakukan, aktivis yang ditahan dibebaskan dan istilah rasmi “rusuhan” yang digunakan bagi demonstrasi yang sedang berlangsung itu ditarik balik.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Dec 2024

Ketengah Muzik Dari Generasi Berbeza! Hattan, Hazama & Black Bergabung Di Pentas Sama… Hangatkan Konsert Hitam Manis Februari Depan

Konsert Hitam Manis bakal sajikan persembahan istimewa dari 3 figura hebat. Dapatkan tiket segera!

Hiburan Sun, 27 Oct 2024
Featured Tue, 12 Apr 2022
Trending Wed, 7 Aug 2019

Mahir Guna Senjata Api, Gadis Mirip Lisa Surihani Ini Jadi Perhatian

Buat wanita berhijab di luar sana, amacam ada bran tak?

Trending Thu, 24 Feb 2022

YouTuber Aiman Kecek Kelate Tinggalkan UK Demi Malaysia

YouTuber Aiman Nasir Wynne, 24, sanggup meninggalkan United Kingdom (UK) demi Malaysia. Pemuda kacukan British dan Kelantan ini menempa populariti menerusi saluran YouTube ‘Aiman Kecek Kelate’ yang mempunyai lebih 109,000 langganan. “Saya pernah datang ke […]

Hiburan Mon, 26 Dec 2022
Trending Sun, 26 Nov 2017

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

error: Content is protected !!