Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal January 17, 2020 @ 11:31am

Tips Guna Google Search Secara ‘Pro’

Kita semua menggunakan Google Search setiap hari bertanyakan soalan dan juga mencari maklumat. Akan tetapi, kadang kala ada jawapan yang Google berikan bukannya apa yang kita mahukan.

Tahukah anda, Google mempunyai fungsi khas yang boleh membantu pengguna mengehadkan jenis carian dan juga jika pengguna mahu membuat carian unik.

Ini adalah antara tips dan trik untuk bantu anda guna Google Search secara ‘pro’.

1. Carian dari satu laman sesawang sahaja

Mahukan carian yang datang dari satu laman sesawang sahaja? Anda boleh gunakan “site:” untuk hadkan carian anda.

2. Carian ‘perkataan ini wajib ada’

Anda boleh gunakan fungsi ini untuk mewajibkan frasa atau perkataan dalam hasil carian. Seperti contoh, kesemua carian “teknologi hijau” akan ada perkataan tersebut di dalamnya.

3. Carian jenis fail

Anda mahukan carian fail khas? Gunakan “filetype:”. Ia boleh digunakan untuk mencari pelbagai jenis format fail seperti PDF, Word, dan lain-lain lagi.

Untuk menggunakannya senang sahaja. Sebagai contoh, taip “filetype: PDF tech 2020”. Google akan kembalikan carian yang berkaitan dengan “tech 2020” dalam bentuk PDF sahaja.

Fungsi ini dilihat sangat berguna terutamanya untuk pelajar universiti yang mahu mencari sampel kertas kajian ataupun rujukan dalam bentuk PDF untuk projek universiti mereka.

4. Carian karakter secara spesifik

Anda juga boleh mencari karakter khas yang terdapat pada URL, tajuk, ataupun badan laman sesawang. Untuk itu, “allinurl:”, “allintitle:” dan “allintext:” digunakan.

Sebagai contoh, jika anda mahukan hanya perkataan “deepfake tech” dalam badan halaman, anda boleh gunakan “allintext: deepfake tech”. Jika hanya dalam URL saja, gunakan “allinurl: deepfake tech”, manakala carian “allintitle: deepfake tech” akan cari melalui tajuk halaman sahaja.

5. Carian berdasarkan jarak antara 2 nilai

Ini sangat berguna ketika contohnya anda mahu mencari barangan dalam satu lingkungan harga. Anda boleh gunakan “..”.

Seperti contoh, anda mahu mencari kerangka peranti yang berharga dari RM100 sehingga RM150, anda boleh taip seperti ini “case RM100..RM150”.

6. Carian jika anda lupa sesetengah perkataan

Dalam enjin carian Google, asterisk (*) bermakna ia untuk apa-apa perkataan. Jadi, jika anda mahu cari sesuatu frasa yang spesifik, namun tidak mengingati keseluruhan perkataan, anda boleh menaip mana yang anda ingat. Perkataan yang tidak diingati itu boleh digantikan dengan asterisk.

Sebagai contoh, jika anda mencari “makan dan *”, anda akan mendapat pelbagai carian berkaitan seperti “makan dan makanan”.

 

Anda juga boleh menggunakan lebih dari satu asterisk jika terdapat lebih dari satu perkataan yang tidak diingati.

7. Carian menggunakan simbol “and”,” not”, dan “or”

Ada antara carian yang memeningkan kerana Google mengembalikan hasil carian dengan maklumat yang kita tidak perlukan. Untuk kes seperti ini, anda boleh gunakan AND, NOT dan OR untuk spesifikkan carian anda.

Carian “gambar AND video” akan pulangkan hasil carian untuk perkataan yang mengandungi kedua-dua perkataan “gambar” dan “video”. Untuk “gambar OR video” akan kembalikan hasil carian salah satu perkataan tersebut.

Jika anda tidak mahukan salah satu perkataan, anda boleh letak NOT, seperti contoh “gambar NOT video”.

Anda juga boleh meringkaskan carian menggunakan simbol dengan fungsi yang sama iaitu “|” untuk OR dan “-” untuk NOT.

Perlu diingatkan bahawa fungsi ini memerlukan anda untuk menaip dalam huruf besar.

Dengan tips menggunakan Google Search yang ditunjukkan diharap hasil carian yang diinginkan akan jadi lebih tepat.

Sumber: maketecheasier & wiser

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 1 Jul 2018

Tips Untuk Guna Fungsi “Split Screen” Pada Android

Sebagai contoh, kita dapat menjadikan layar peranti anda akan dipecahkan kepada dua bahagian, ini sangat sesuai untuk anda melakukan “multi tasking” pada peranti. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

TECH Sun, 22 Jul 2018

Facebook Bangunkan Satelit Yang Boleh Pancarkan Internet Berkelajuan Tinggi

Pelbagai usaha dilakukan oleh Facebook dalam memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan sambungan internet secara menyeluruh. Terdahulu, mereka hadir dengan idea sambungan internet menggunakan dron menerusi Projek Aquila tetapi setelah 4 tahun, projek tersebut dibatalkan. […]

TECH Wed, 27 Mar 2019

Estranged and unifi Team Up to Showcase Brand New Pre-5G Wireless Technology

unifi is bringing in a brand new level of technology into Malaysia.

TECH Fri, 18 Oct 2019

「最强WATCH GT2电池挑战」成绩出炉!

期待已久的「最强WATCH GT2电池挑战」成绩出炉啦!

TECH Mon, 14 May 2018

Papan Klip Terbaru Windows 10 Bakal Memudahkan Kerja-Kerja ‘Copy’ & ‘Paste’

Wow.. untuk pengguna Windows 10 memudahkan Kerja-Kerja ‘Copy’ & ‘Paste’

TECH Thu, 20 Dec 2018

4 Tips Memilih Casing Telefon pintar yang Tepat

Selain berfungsi untuk melindungi, casing juga boleh mencantikkan telefon pintar kesayangan. Namun, jangan salah langkah untuk memilih aksesori ini yang kini mula kembali disukai banyak penyuka alat.

TECH Wed, 28 Feb 2018

Apple Inc Rancang Tamat Keluaran iPhone X

Apple bakal  menghentikan pengeluaran iPhone X memandangkan penjualan peranti itu tidak melonjakkan graf penjualan telefon pintarnya.

TECH Tue, 25 Sep 2018

Cara Mudah Memotong Fail Muzik Jenis MP3

Kepada anda yang ingin membuat suntingan lagu jenis MP3, berikut kami kongsikan salah satu cara mudah.

TECH Mon, 23 Jul 2018

Cip Memori Terbaru Toshiba Membayangkan Kapasiti SSD Yang Lebih Tinggi

Solid State Drive (SSD) kini mendapat tempat di hati pengguna bagi menggantikan Hard Disk Drive yang masih menggunakan kaedah konvensional. Samsung sebelum ini mengumumkan proses pembuatan V-NAND generasi ke-5 yang dijangka meningkatkan kelajuan SSD. Toshiba pula mengumumkan pembangunan sampel prototaip […]

TECH Tue, 14 Aug 2018

充电速度变慢?手机放口袋方式大不同

现代人大多都会随身携带手机,但你知道手机放在口袋里的方式,会影响它的寿命吗?

error: Content is protected !!