Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 21, 2020 @ 2:52pm

Manusia Paling Kerdil Meninggal Dunia

Manusia paling kerdil dan mampu berjalan seperti diperakui Rekod Dunia Guinness, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital, dekat Nepal, semalam.

Dengan ketinggian 67.08 sentimeter, Khagendra Thapa Magar, dilaporkan meninggal dunia berikutan pneumonia atau radang paru-paru di pusat perubatan di Pokhara, iaitu kira-kira 200 kilometer dari kediaman bersama keluarganya di Kathmandu.

Adiknya, Mahesh Thapa Magar, berkata abangnya terpaksa mendapatkan rawatan sejak kebelakangan ini dan sering berada di hospital ekoran pneumonia, namun kesihatannya semakin merudum sehingga doktor mengesahkan fungsi hatinya terjejas.

“Dia memang keluar masuk hospital selama ini kerana pneumonia. Hari ini, dia meninggal dunia,” katanya.

Khagendra pada asalnya dinobat sebagai manusia paling kerdil di dunia pada 2010 selepas meraikan ulang tahun kelahirannya ketika usia 18 tahun, namun rekod itu diperbaharui rakyat Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang mempunyai ketinggian 54.6 sentimeter.

Chandra bagaimanapun meninggal dunia lima tahun lalu, sekali gus menyaksikan rekod manusia paling kerdil kembali menjadi milik Khagendra.

Mengimbau kenangan silam, bapa Khagendra, Roop Bahadur, berkata anak istimewanya itu sangat kecil ketika dilahirkan, malah hanya sebesar telapak tangan sehingga sukar untuk dimandikan.

“Setiap kali nak mandi, saya berdepan kesukaran untuk pegang dia kerana terlalu kecil,” katanya.

Sebagai manusia paling kerdil, mendiang Khagendra pernah berkunjung ke pelbagai negara, selain dijemput menghadiri program siaran televisyen di Eropah dan Amerika Syarikat ketika hayatnya. – AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Trending Mon, 28 Aug 2023
Featured Tue, 31 Mar 2020

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Warganet mahu boikot produk duCK

Featured Mon, 29 Aug 2022

Diminta Pergi Mamp*s Gara-Gara Tanggalkan Hijab, Ini Respons Elyana

Kita doakan yang baik-baik jelah…. Don’t judge!🥱

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Tue, 5 Mar 2024
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Selebriti Thu, 15 Feb 2024
error: Content is protected !!