Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 5, 2020 @ 12:06pm

150 notis dikeluarkan ke atas perokok di Selangor

Sebanyak 150 notis kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM30,750 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) terhadap perokok dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok yang dijalankan ke atas 562 premis di negeri itu sejak Rabu lepas.

Pengarah JKNS Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata tujuh daripada notis kesalahan itu dikeluarkan terhadap golongan perokok bawah 18 tahun dengan satu notis melibatkan pemilikan rokok elektronik.

Selain itu katanya, sebanyak 20 notis kesalahan dengan kompaun berjumlah RM5,000 turut dikeluarkan ke atas pemilik premis makanan melibatkan 18 notis kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok dan dua lagi kerana menyediakan kemudahan merokok.

“Operasi penguatkuasaan larangan merokok sehingga sehingga semalam dilakukan di semua tempat makan termasuk tempat makan terbuka mengikut Peraturan 11(1)(d) Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

“Sementara bagi pemilik premis pula, penguatkuasaan dijalankan mengikut Peraturan 12(1)(a) dan 12(1)(b) PPKHT 2004 dan di bawah peraturan itu mereka perlu mempamerkan larangan merokok secara jelas, memastikan premis mereka bebas daripada aktiviti merokok dan tidak menyediakan bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli Bintangi Filem Raya ‘Tak Terjawab’, Timbalan Perdana Menteri Turut Buat Penampilan Istimewa Dalam Naskhah Sarat Emosi

Anna Jobling, Julia Farhana & Muhsin Nadzli menjadi tunjang utama filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul Tak Terjawab. Siap ada penampilan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air!

Trending Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Wed, 23 Jul 2025
Trending Sun, 18 Oct 2020
Selebriti Fri, 7 Jul 2023
Hiburan Fri, 4 Apr 2025

Berjauhan Selama Tiga Bulan, Amyra Rosli Reda & Sokong Amar Baharin Berkayuh Ke Makkah Menunaikan Umrah

Amyra Rosli letak syarat perlu update setiap masa sepanjang perjalanan Kembara Makkah

error: Content is protected !!