Euforia Bola 2026
Hiburan By: Attiqah Mohd February 7, 2020 @ 4:27pm

‘Kami Mahukan Drama Macam Ni Bukan Drama Kahwin Paksa’-Drama Titian Takdir Buat Netizen Tak Move On

Jika dahulu, terlalu banyak rancangan drama TV yang mengangkat tema percintaan antara dua darjat, hubungan cinta tidak direstui keluarga atau perkahwinan yang dirancang oleh keluarga namun kini, berbeza pula dengan kandungan drama TV yang dipaparkan pada hari ini. 

Mungkin juga kerana penonton sudah bosan dengan jalan cerita perkahwinan antara dua darjat dan fantasi kehidupan gologan orang atasan semata-mata. Mungkin juga penerbit  menyedari bahawa kandungan drama TV yang dipaparkan harus mempunyai mesej dan nilai moral kehidupan seharian dan bukanlah berlandaskan kepada fantasi atau sekadar trend semata-mata. 

Penonton Malaysia semakin bijak menilai, mereka mahukan  kandungan drama yang menyentuh realiti kehidupan semasa, justeru drama Titian Takdir yang ditayangkan di slot Lestary TV3 ini dilihat mengangkat tema hubungan kekeluargaan yang boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan seharian. Drama bersiri yang mempunyai 13 episod ini menerima pujian positif daripada netizen di laman Twitter. 

Gandingan para pelakon seperti Sweet Qismina, Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Fimie Don dan ramai lagi membuatkan penceritaan drama ini dilihat sempurna.

“Kita perlukan lebih banyak drama Melayu macam ni bukan drama bercinta, kahwin paksa”

we need more drama melayu like #TitianTakdir not drama bercinta kawin paksa miskin anak dato’ pastu bila kawin suami tiba tiba perangai cam sial

— seira (@quesayra) February 6, 2020

“Tonjolkan watak dan karakter yang positif'”

         “Drama yang menyentuh hubungan kekeluargaan”

“Salah satu drama Melayu terbaik pernah ada”

 Sumber: Twitter

Titian Takdir- Kasih sayang antara adik beradik

Drama ini mengisahkan empat adik beradik iaitu Latifah (Along), Nazmi (Angah), Ayoi dan Aisyah yang kehilangan ibu sejak kecil dan  terpaksa tinggal dengan ibu saudara meraka, Mak Ngah Yun dan nenek mereka, Wan Jah tanpa belaian kasih sayang keluarga yang sebenar. Kerana konflik yang melanda mereka terpisah, setelah meningkat dewasa Angah cuba menyatukan kembali keluarganya namun konflik timbul apabila masing-masing kini mempunyai kehidupan sendiri. 

Jangan lupa tonton drama ni kat TV3 tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Dec 2024

“Takkan Saya Nak Main Sentimen Perkauman” – Ifa Raziah Mohon Maaf, Nafi Perlekeh Kaum Iban

‘Saya tak bermaksud apa-apa apatah lagi berniat nak body shaming, face shaming etnik tertentu”- Ifa Raziah

Featured Fri, 10 Jan 2025
Featured Fri, 3 Mar 2023

Puteri Sarah Tiada Niat Jadi ‘Batu Api’ – “Saya Cuma Beritahu Cara Hadap Orang Ketiga”

Laaaa, ada pulak yang marah, yang jadi cacing kepanasan❤️‍🔥

Hiburan Fri, 9 May 2025

“Ya, Kami Bercerai & Rujuk Semula Dalam Hari Sama” – Siti Jamumall 

Siti Jamumall berjalan 15 kilometer selepas ada konflik dengan suami

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Fuhhhh bahasa dia 🥵🥵 Dengar cerita IG & Twitter Kakak Ira Kazar dah ‘hilang’?? 🤪🤭

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Events Wed, 20 Feb 2019

DFKL2019 Kini Lebih Positif

Drama Festival Kuala Lumpur DFKL (2019) pada tahun ini tampil lebih menarik dengan tema ‘Positif Selalu’ dengan memperkenalkan duta DFKL 2019 iaitu Janna Nick dan Izzue Islam. 

error: Content is protected !!