Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 17, 2025 @ 1:53pm

ABPBH 37 Cipta Rekod Baharu Dengan 61.7 Juta Undian

Berjaya mencatat rekod baharu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37) mencipta sejarah tersendiri apabila meraih lebih 61.7 juta undian sepanjang tempoh undian fasa pertama yang berakhir pada 14 Oktober lalu.

Menurut Pengarah ABPBH 37 merangkap Pengarang Berita Kanan Hiburan dan Projek Berita Harian, Shamshul Azree Samshir, sambutan luar biasa ini membuktikan bahawa anugerah berprestij tersebut masih kekal relevan dan mendapat sokongan kuat daripada peminat.

“Pihak penganjur sangat berbesar hati dengan jumlah undian yang diterima dalam tempoh 21 hari selepas pelancaran ABPBH 37. Ia menunjukkan kesetiaan dan semangat luar biasa peminat terhadap artis kesayangan mereka,” katanya, memetik laporan BH Online.

Terdahulu, proses undian Top 20 dihentikan sebagai elemen kejutan dalam kerancakan peminat mengundi artis pilihan secara percuma melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.

Melangkah ke peringkat seterusnya, penganjur ABPBH 37 mengumumkan proses undian membariskan kelompok Top 10 sebagai calon akhir dalam 16 Kategori Utama dan kategori sampingan, Ekstra! dilancarkan tepat jam 10 malam tadi hingga 11.59 malam 17 November 2025. Proses undian boleh dilakukan melalui pilihan undian secara percuma dengan melayari laman web rasmi www.abpbh.com.my.

Menariknya, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran, ABPBH memperkenalkan format baharu dengan memperluas senarai calon akhir kepada Top 10, menggantikan format Top 5 yang digunakan sebelum ini. Langkah ini memberi lebih ruang kepada peminat untuk menggunakan “kuasa undian” mereka dan meningkatkan persaingan antara calon yang bertanding.

“Kehadiran lebih ramai calon menjadikan ABPBH kali ini lebih meriah dan mendebarkan. Undian boleh berubah hingga ke saat akhir, sekali gus membuka peluang sama rata kepada semua finalis untuk merebut gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 37,” jelasnya.

Tambah Shamshul Azree, dengan tempoh undian yang lebih panjang serta jumlah calon akhir yang meningkat, artis mempunyai masa untuk mendekati peminat dan mengukuhkan hubungan mereka.

“Harapan kami agar semua calon dan peminat memanfaatkan peluang ini untuk berinteraksi dan memberi sokongan sehingga undian ditutup pada 17 November nanti. Sejak hampir empat dekad lalu, ABPBH kekal menjadi wadah yang menghubungkan penggiat seni dan peminat, sekali gus terus menyemarakkan industri hiburan tanah air,” katanya.

Sumber / Kredit Foto: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Trending Thu, 14 Apr 2022
Featured Tue, 7 Sep 2021

Kelonggaran Fasa 1 PPN Untuk Industri Kreatif, Hanya Untuk Penerima Dua Dos Lengkap

Kerajaan hari melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula 9 September untuk mengurangkan bebanan lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob […]

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Nadia Brian Kini Sah Isteri Kepada Muizz!

Tahniah Nadia Brian dan Muizz!

Hiburan Wed, 8 May 2019
Trending Wed, 24 Mar 2021

Akses Tontonan Awal Drama Terbaharu Bagi Pengguna Platform iQiyi Dan Primeworks Studio

Selepas pengumuman kerjasama diantara platform penstriman antarabangsa iQiyi bersama Media Prima Berhad dan Celcom Axiata Berhad (Celcom), pihak Media Prima yakin bahawa kredibiliti yang ditonjolkan iQiyi dapat membantu mengeksport kandungan dan menggilap bakat tempatan di […]

error: Content is protected !!