Categories: Acara

Ensemble, pasar kreatif unik Artbox Malaysia

Pasar kreatif yang beroperasi dalam kontena besi atau Artbox Malaysia yang mengambil tema Ensemble dijangka dihadiri oleh lebih 1 juta pengunjung sepanjang enam hari bermula 6 hingga 8 September dan 13 hingga 15 September ini di kawasan letak kereta terbuka di Sunway City Kuala Lumpur.

Artbox Malaysia itu disertai lebih 250 peniaga dan kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung sepanjang acara yang dibahagikan kepada dua sesi hujung minggu itu berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Mall dan Theme Park, H C Chan. Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Park Sunway Group, H C Chan, berkata acara yang pertama kali diadakan di Malaysia pada  tahun lalu itu menarik ramai generasi muda untuk lebih kreatif.

“Acara pada tahun lalu menarik  hampir 400,000 pengunjung dengan tahun ini ada pelbagai tarikan disediakan dan kami menjangkakan ia bakal menerima pengunjung yang lebih ramai berbanding tahun lalu.

“Ensemble sebelum ini mula diadakan di Singapura dan bagi program tahun ini kami menjangkan mampu menarik perhatian pengunjung muda atau sesiapa sahaja yang berjiwa muda kerana ia menyediakan pelbagai produk menarik untuk dilihat atau dibeli,” katanya ketika ditemui di tapak acara, baru-baru ini.

Pentas utama Assemble Artbox Malaysia 2019, di Lapangan Letak Kereta Terbuka Sunway City Kuala Lumpur. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Ensemble yang menjadi landasan kepada peruncit unik yang ada antaranya bermula dengan operasi dalam talian itu mengenengahkan pelbagai elemen perniagaan antaranya peruncit makanan dan peruncit seni  di ruang yang merentasi sempadan kreaiviti.

Selain pasar kontena yang menyediakan pelbagai pilihan produk, pentas utama Artbox juga mengadakan  persembahan muzik secara langsung oleh beberapa artis antaranya Maha Jefferey, Ili Ruzanna dan Rufus.

Pemilik Monokorom, Amirah Imanie menunjukan pakaian yang dijualnya pada acara Assemble Artbox Malaysia 2019 di Lapangan Letak Kereta Terbuka Sunway City Kuala Lumpur. Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Sementara itu, peruncit yang ditemui, Amirah Imanie yang menawarkan produk pakaian dengan label Monokerom.Com berharap pasar itu memberi lebih banyak peluang kepada generasi muda mempamerkan idea mereka dalam bidang perniagaan.

“Saya menawarkan produk pakaian pada harga berpatutan dan jika tidak sempat berkunjung ke acara ini, anda boleh mendapatkan produk Monokerome.com menerusi dalam talian,” katanya.

Shaidah Shafie