Acara By: Ad Ops September 10, 2019 @ 5:22pm

ES Closet International Berhad Bakal Memasuki Bursa Saham Dunia. Wow, hebatnya!

Syarikat fesyen ES Closet International Berhad (ES Closet) bakal mencipta sejarah tersendiri apabila merancang untuk disenaraikan di papan utama bursa saham dunia, National Association of Securities Dealers Automated Quotations (NASDAQ) dalam masa terdekat ini.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Ketua Pegawai Pemasaran Es Closet International Berhad, Dr Zyro Wong dalam satu majlis sidang akhbar eksklusif yang diadakan di Restoran De Wan 1958 by Chef Wan, The LINC KL, baru-baru ini.

es closet international berhad

ES Closet International Berhad lakar sejarah tembusi bursa saham dunia. Foto: ES Closet International Berhad

Dr Zyro berkata langkah menyenaraikan jenama ES Closet di bursa saham dunia seperti NASDAQ adalah satu tindakan yang  tidak mudah untuk dilakukan dan juga boleh dianggap sebagai satu penanda aras untuk berusaha lebih gigih bagi memastikan syarikat berkenaan terus kukuh.

“ES Closet amat berbangga kerana bakal menjadi syarikat fesyen tempatan pertama yang akan disenaraikan di bursa saham utama antarabangsa. Ia merupakan satu penanda aras untuk jenama fesyen Malaysia berada di lapangan perdagangan antarabangsa.

“ES Closet juga sudah pun menandatangani kontrak perjanjian tersebut dan kami akan berada di papan utama NASDAQ dalam jangka masa 18 bulan akan datang,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan yang turut dihadiri hijab & Heels.

ES Closet International Berhad merupakan syarikat yang diwujudkan selepas lebih sedekad penubuhan ES Fashion Sdn Bhd pada 2006. Antara jenama di bawah ES Closet ialah SECRET (fesyen remaja), MORE (dewasa), MOMENTZ (pejabat), DOLLZ (Premium Korea), MOONA & CAESEN dan NICSS.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif ES Closet International Berhad, Nicson Pua dan  Penasihat Kumpulan syarikat tersebut, Kennay Tang.

Sementara itu, Kennay Tang turut menjelaskan sebab ES Closet berhasrat untuk berada di papan utama NASDAQ.

es closet international berhad

Kennay Tang berkongsi mengenai perancangan syarikat kepada hadirin yang datang. Foto: ES Closet International Berhad

“Umum mengetahui NASDAQ merupakan bursa saham kedua terbesar di dunia yang berpangkalan di New York. Untuk disenaraikan di NASDAQ bukan kerja yang mudah, tetapi kami yakin bahawa ES Closet akan mencatatkan sekurang-kurangnya USD 4.00 di papan utama NASDAQ. Ia merupakan peluang bagi Es Closet untuk menembusi pasaran dunia,” katanya.

ES Closet International Berhad

Nicson Pua optimis dengan perancangan syarikat untuk tembusi pasaran global. Foto: ES Closet International Berhad

Nicson Pua turut berkongsi idea mengenai perancangan syarikat untuk menubuhkan sebuah kolej berasaskan fesyen serta mewujudkan platform komuniti pertama pada hujung tahun ini.

“ES Closet dalam perancangan untuk menjadi syarikat pertama dalam mewujudkan komuniti eko-sistem fesyen yang menghubungkan pembeli dan pembekal. Kami juga dalam usaha untuk menubuhkan sebuah kolej yang pertama bagi melatih calon-calon berpotensi untuk menjadi penyiar striming profesional.

“Kolej yang akan dibuka di Kuala Lumpur pada hujung tahun ini bukan seperti kolej biasa. Kami akan beri modul khas dan latihan yang secukupnya kepada 100 pelajar sahaja bagi setiap semester. Tidak dinafikan peluang pekerjaan agak sukar sekarang, jadi kami akan menyediakan landasan kepada graduan di mana selepas tamat belajar, mereka akan ada pekerjaan di syarikat kami,” kata Nicson lagi.

Tambanya lagi,  syarikat akan menyediakan aplikasi fesyen striming secara langsung yang pertama di Asia Tenggara yang menggunakan Key Opinion Leader (KOL) untuk memacu jualan dengan cara inovatif.

“Kami optimis dan berani menaruh harapan untuk membangunkan lebih banyak rancangan yang menarik pada masa hadapan dan mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk menyertai kami bagi mencipta revolusi dalam industri fesyen,” katanya.

Nicson bersama rakan-rakan seperjuangan yang bertanggungjawab membangunkan ES Closet. Foto: ES Closet International Berhad

Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang ES Closet anda boleh layari www.esclosets.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Wed, 4 Oct 2023
Acara Fri, 3 Feb 2023

Erna Elliyana & Shuib Sepahtu Anjur Kamya Fest, Tampilkan 20 Selebriti Popular

Barisan selebriti popular seperti Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor 88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan […]

Acara Fri, 1 Mar 2019
Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Sun, 26 Aug 2018

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Konsert #GegaRia Putrajaya membariskan nama-nama besar iaitu Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!