Categories: Acara

Pameran ‘Wajah & Madah’ Serikan Ekspresi @ Finas

Pelukis terkenal tanah Air, Syed Yusof Wafa telah dipelawa Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional (Finas), Prof. Dr Md Nasir Ibrahim untuk mengadakan pameran lukisan Sempena majlis Ekspresi @ FINAS yang berlangsung hujung minggu lalu.

Pameran ini bagaikan jambatan ke arah penerbitan buku coffetable oleh Finas Bertajuk ‘Wajah & Madah ‘ karya Syed Wafa yang bakal diterbitkan Finas tidak lama lagi.

Buku ini menampikan karya-karya hebat Syed Wafa yang terkenal melukis wajah-wajah selebriti tanah air dan antarabangsa.

Antaranya Michael Jackson, Justin Bieber, Mariah Carey, Celine Dion, Roger Ferderar, Maher Zain, Avril Lavigne, Shah Rukh Khan dan ramai lagi.

Syed Wafa juga merupakan pelukis pertama Malaysia yang diberi penghormatan melukis wajah selebriti terkenal luar negara untuk diserahkan kepada artis terbabit sendiri.

Pada acara yang sama iaitu Ekspresi @ Finas sempena ‘Imbas Kembali & Layar Bintang’, Syed Wafa juga diberi kepercayaan untuk melukis potret wajah seniman legenda tanah air iaitu Hussein Abu Hassan yang disampaikan oleh Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa kepada keluarga arwah.

Walaupun hanya diberi masa dua hari untuk melukis potret tersebut, Syed Wafa dapat menunaikan permintaan Pengerusi Finas dengan baik dan keluarga seniman legenda amat gembira dan terharu menerima lukisan tersebut.

Syed Wafa juga cukup terharu ramai rakan artis yang hadir memberi sokongan pada pameran sulungnya, antaranya Rozita Che Wan Che Wan, Fikry Ibrahim, Datuk A. Aida, Zuhairi Ibrahim, Farahdhiya, Rozita Rohaizad, Sheila Mambo dan ramai lagi.

Syed Wafa amat terharu dengan penghormatan yang diberi oleh Finas terutama Prof Dr Md Nasir atas pameran dan penerbitan buku ini.

Difahamkan buku ‘Wajah & Madah’ ini merupakan pertama di Malaysia yang menghimpunkan lukisan wajah selebriti terkenal bersama catatan dan tanda tangan mereka sendiri.

Padin