Masih Dihujani Soalan Berkaitan ‘Penyondol’, Puteri Sarah Kongsi Forum Untuk Tahu Hak! – “Isteri Kena Ada Ilmu”

Umum mengetahui mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi pelakon Puteri Sarah berpunca daripada orang ketiga.

Terbaru, dia memuat naik hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya yang berkongsi sebuah pautan forum yang membincangkan topik orang ketiga dibawah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Boleh join forum di FB JAWI now! I’m sure ramai nak join topic orang ketiga ni! Any questions boleh tulis kat komen forum tu,” tulis Sarah.

Menerusi hantaran lain, Sarah memaklumkan bahawa ramai yang masih bertanya kepadanya mengenai akta lain untuk mendakwa golongan perosak rumahtangga.

“Ramai yang tanya Sarah macam mana nak dakwa orang ketiga. Ada seksyen apa lagi?

“Sebenarnya dalam syariah law ada banyak seksyen kita oleh dakwa orang ketiga ni.

“Bukan sahaja seksyen 38,” ujar Sarah.

Oleh itu, Sarah menyeru orang ramai untuk menyertai forum tersebut bagi menambah pengetahuan bagi memudahkan proses untuk mendakwa orang ketiga.

“Jadi, boleh join forum ini untuk tahu hak anda sebagai isteri dan seksyen apa isteri boleh dakwa.

“Dah tau senang nanti nak pergi report dekat pejabat agama. Isteri kena ada ilmu!,” katanya lagi.

Atiqah Johari