Cantik Macam Anak Patung, Kecantikan Sharifah Husna Curi Tumpuan

Pelakon, Sharifah Husna Syed Feizal kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Halim Radzi yang juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor pada jumaat.

Pasangan pengantin itu telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Feizal Syed Mohammad dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu telah disempurnakan dengan mas kahwin berupa gelang tangan emas dan lima dulang hantaran dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Manakala, wang hantaran pula digantikan dengan sebentuk cincin dan barang kemas atas permintaan Husna sendiri.

Terbaru, tular beberapa video disebalik tabir solekan Sharifah Husna yang dimuat naik oleh jurusoleknya sehingga memikat hati ramai warganet di platform TikTok.

Menerusi video perkongsian, Husna sedang disolek ala Bollywood untuk majlis malam berinainya.

@makeupbynadianordin2 Makeup malam berinai for @Sharifah Husna today🥰 look as requested. Uols minat tak look macam nii😍😍😍#fyp #fypシ #viral #makeuptutorial #malamberinai ♬ Suraj Hua Maddham (From “Kabhi Khushi Kabhie Gham”) – Sandesh Shandilya & Sonu Nigam & Alka Yagnik

Perkongsian itu telah menerima banyak pujian di kalangan warganet yang memuji kecantikan pelakon tersebut.

Pelakon, Sharifah Husna Syed Feizal kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Halim Radzi yang juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor pada jumaat.

Pasangan pengantin itu telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Feizal Syed Mohammad dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu telah disempurnakan dengan mas kahwin berupa gelang tangan emas dan lima dulang hantaran dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Manakala, wang hantaran pula digantikan dengan sebentuk cincin dan barang kemas atas permintaan Husna sendiri.

Terbaru, tular beberapa video disebalik tabir solekan Sharifah Husna yang dimuat naik oleh jurusoleknya sehingga memikat hati ramai warganet di platform TikTok.

Menerusi video perkongsian, Husna sedang disolek ala Bollywood untuk majlis malam berinainya.

Perkongsian itu telah menerima banyak pujian di kalangan warganet yang memuji kecantikan pelakon tersebut.

Dharnieya Nur Amelsa