Categories: Acara

Rezeki ‘Tangis Sebatang Tamar’ Daqmie

Nama penyanyi Daqmie mungkin tidak mesra di telinga peminat muzik arus perdana tetapi lelaki berusia 51 tahun ini menempa populariti dalam arena nasyid tempatan.

Terkenal dengan single Tangis Sebatang Tamar, ia begitu digemari oleh peminat nasyid serta lagu kerohanian.

Lagu itu juga membuka jalan rezeki untuk pemilik nama sebenar Azmee Abdul Manap selepas dia dilantik sebagai jurucakap produk minuman jus kurma Ajwa jenama Barriq.

“Pihak syarikat HRS Ventures Sdn Bhd mengenali saya menerusi lagu Tangis Sebatang Tamar dan mereka berkata, mereka memilih saya menjadi jurucakap produk ini kerana single popular tersebut.

“Saya sudah dilamar pihak terbabit semenjak tahun lalu tetapi disebabkan kekangan wabak Covid-19, baru sekarang ia menjadi kenyataan. Semuanya rezeki Allah dan saya bersetuju bukan kerana nilai bayaran, tetapi saya mahu membantu usahawan dalam memajukan lagi perniagaan makanan sunnah,” katanya.

Daqmie ditemui di majlis pelancaran produk jus kurma Ajwa jenama Barriq di Willow Hall Forest Valley, Bandar Sungai Long, Kajang baru-baru ini.

Tambah Daqmie, bersempena kedatangan Ramadan ini, produk minuman sunnah berkenaan akan diedarkan kepada 40 pusat tahfiz terpilih.

Katanya, produk yang baharu di pasaran ini juga semakin mendapat sambutan baik pelanggan.

Sementara itu, pengasas produk, Ahmad Sabri Muhammad, 41, menjelaskan sebab mereka memilih Daqmie.

“Sudah sembilan tahun saya melibatkan diri dalam penjualan kurma dan tahun ini saya tampil dengan jus kurma Ajwa pula. Saya yakin penyanyi itu dapat membantu jualan produk ini dan dia akan memberikan kerjasama yang baik.

“Lagipun, saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan Daqmie, termasuklah sumbangan kepada sekolah tahfiz bersempena Ramadan ini. Selain itu, Daqmie juga terbabit secara langsung dengan urusan promosi produk jus kurma ini nanti. Apa pun, produk ini masih baharu di pasaran dan saya berharap ia dapat sambutan baik,” katanya.

Padin