Categories: Acara

Temui Selebriti Di Booth Lifestyle, Festival Gegaria Putrajaya Pada Jumaat & Sabtu Ini

Selepas menarik lebih 100,000 pengunjung di setiap lokasi yang diadakan sebelum ini, Festival Gegaria 2018 #KitaPunya kini kembali lagi!

Festival yang sangat happening ini akan berlangsung selama 2 hari di Tapak Letak Kereta Istana Kehakiman, Putrajaya pada 31 Ogos dan 1 September. Bolehlah anda sambut Hari Kemerdekaan sekali di sini!

Festival gaya hidup dan hiburan terunggul anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini merupakan platform untuk masyarakat berinteraksi dengan artis kegemaran mereka.

Yang pasti, memang ramai artis-artis popular tanah air yang akan datang untuk bersua muka dan beramah mesra di festival ini. Antaranya adalah Elfira Loy, Sangeeta Krishnasamy, Ujang, Noh Salleh, Kugiran Masdo, Bunkface dan ramai lagi. Rugilah kalau tak datang!

Sama seperti sebelum ini, Festival Gegaria ini terbahagi kepada 5 zon utama iaitu Zon Gaya Hidup, Zon Chillex, Zon Komuniti, Zon Hiburan dan Zon Makan-Makan. Memang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik! 

Menerusi Zon Gaya Hidup, anda berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan kesihatan, budaya, kerjaya, tip kecantikan dan fesyen, tutorial makeup dan sebagainya bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Dalam Zon Gaya Hidup ini juga terbahagi kepada 5 topik menarik iaitu #KitaPunyaCerita, #KitaPunyaStail, #KitaPunyaGemilang, #KitaPunyaSuara dan #KitaPunyaBudaya.

Elfira Loy, Sangeeta Krishnasamy dan Ujang akan berkongsi cerita menerusi topik #KitaPunyaCerita manakala Kugiran Masdo dan Bunkface akan menemui anda dalam topik #KitaPunyaSuara. Jadi, saat inilah anda berpeluang untuk berkomunikasi dengan lebih dekat dengan mereka. Seronok kan? 

Untuk pengetahuan anda, team Hijab & Heels juga akan turut serta memeriahkan Festival Gegaria ini menerusi slot #KitaPunyaStail, iaitu tutorial makeup ‘Merdeka Look’ yang akan menampilkan Instafamous Farah Farhana. Kalau anda nak lihat bagaimana solekan Merdeka, jangan lupa singgah booth Lifestyle jam 10.00 pagi.

Selain itu, anda juga berpeluang mendapatkan pelbagai info kesihatan yang akan dikongsikan oleh Hanif Shawn dan Dr. Nawar Ariffin dalam topik #KitaPunyaGemilang. Memang banyaklah aktiviti menarik yang menanti pengunjung!

Jom pakat ramai-ramai datang untuk rasai sendiri betapa happeningnya Festival Gegaria kali ini! Anda boleh usha-usha Instagram GoGegaria bagi mendapatkan info yang lebih lanjut. Jangan lupa datang okay!

tex_admin