Categories: HiburanSelebriti

Tak Kecil Hati Video Teater Kembang Layarku Jadi Bahan Ketawa

Video yang memaparkan empat pelakon teater Kembang Layarku menjadi viral sejak malam tadi apabila video persembahan mereka mendapat reaksi yang pelbagai di media sosial.

Menerusi laporan Harian Metro, pengasas Sanggar Teater, Fauziah Nawi, berkata dia tidak berkecil hati apabila video pemain teater membuat persembahan itu tular dan menjadi bahan ketawa netizen.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka, teater yang dipentaskan di pentas Studio Stefani, Ampang memandangkan ia sudah lama dipentaskan iaitu pada penghujung Julai lalu namun tular selepas pementasan selesai.

“ Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat liputan meluas, tiket untuk tiga hari pementasan bermula 27 hingga 29 Julai lalu, habis terjual.

“Tapi, saya tak sangka pula yang ia akan tular lebih lewat. Tapi, tak mengapa kerana mungkin selepas tular, ramai akan nampak kewujudan kami (Sanggar Teater),” katanya.

Fauziah berkata, dia mendapat tahu mengenai penularan video itu semalam apabila dimaklumkan oleh pelakon Kembang Layarku.

“ Mulanya, mereka takut untuk maklumkan mengenai penularan video itu kepada saya. Alasannya, mereka takut saya berkecil hati andai kata mereka memalukan saya di acara TV itu.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mungkin ramai yang tidak faham kisah yang cuba disampaikan menerusi teater itu. Kalau mereka nak kecam dan cakap yang bukan-bukan, saya tak kisah,” katanya.

Tambahnya lagi, penonton hanya melihat sebahagian daripada teater itu dan menganggap itu bahan jenaka.

“ Mereka rasa itu jenaka, tapi sebenarnya banyak emosi dipertontonkan. Itu cuma sebahagian saja. Kalau mereka tonton pementasan penuh, mesti mereka faham,” katanya.

Fauziah yang juga pengarah artistik teater itu memberitahu, keempat-empat anak buahnya sudah melakukan yang terbaik.

Teater itu menangkat mengenai emosi orang muda yang bergolak dengan kehendak dan rasa bersalah terhadap ibu bapa kerana menurut kata hati.

SGMS Faida