Categories: Acara

Terlepas resipi istimewa daripada KFC, tonton ‘Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda’ di YouTube

TV3 menyajikan program masakan terbaharu yang menarik, Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda. Siri masakan yang menceriakan kaca televisyen sepanjang Ramadan itu adalah kerjasama Primeworks Studios dengan Motion Content Group dan KFC.

Program yang wajib ditonton ramai itu dihoskan oleh pengacara popular, Sharifah Shahira bersama-sama keluarganya. Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda yang mempunyai empat episod itu disiarkan di TV3 pada setiap Rabu jam 6.00 petang.

Kredit gambar: TV3 Malaysia

Dengan menggunakan tanda pagar #KepciKitchen, Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda berkongsi resipi-resipi unik yang dieksperimentasikan daripada menu istimewa KFC.

Pelbagai hidangan enak dikongsi antaranya tauhu begedil ayam KFC bersama sos Jalapeno, nasi ayam ORI Kepci, murtabak dengan kari atuk dan bubur lambuk istimewa yang diadun bersama perisa-perisa terbaik sepanjang zaman khas daripada KFC.

Kredit gambar: TV3 Malaysia

Ingin tahu resipi menarik apa yang dikongsi Sharifah Shahirah dalam episod terakhir yang bakal ditayangkan pada 20 Mei, jangan ketinggalan untuk menonton Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda pada jam 6.00 petang nanti.

Kredit gambar: TV3 Malaysia

Bagi mereka yang terlepas untuk menonton episod-episod lepas Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda, jangan risau kerana anda boleh menontonnya kembali di laman YouTube TV3Malaysia.

Ad Ops