Categories: Trending

Antara ‘Signature’ Juadah Popular Hari Raya Setiap Negeri, Yang Mana Paling Korang Rindu?

Solat sunat Aidilfitri berjemaah, saling bermaafan dan juga juadah masakan kampung hari raya pertama merupakan antara momen paling bermakna buat mereka yang tak dapat pulang ke kampung masing-masing akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini.

So, Xtra nak throwback antara signature atau juadah popular setiap negeri sepanjang Hari Raya Aidilifitri pada setiap tahun. Mana satu paling best and paling korang rindu?

Negeri Sembilan

Rendang Hitam & Wajik

Rendang hitam dan manisan wajik antara hidangan popular yang akan dimasak oleh kebanyakan rakyat Negeri Sembilan. Nampak sedap!

Melaka

Dodol

Dodol antara hidangan santapan orang Melaka yang datang dengan pelbagai versi terutamanya dari segi warna iaitu perang gelap, hijau dan kuning!

Johor Bahru

Lontong Johor

Lontong antara hidangan yang kerap ada di Johor terutama bila Hari Raya. Lontong yang enak bergantung pada kuah lodehnya yang pekat.

Kelantan

Nasi Kerabu

Nampak ‘mengancam‘ kan? Tidak dinafikan, nasi kerabu sangat popular di Kelantan sehingga turut dijadikan hidangan wajib sewaktu perayaan Aidilfitri di negeri itu.

Terengganu

Nasi Dagang

Makanan warisan dan terkenal di Terengganu ini dimasak daripada campuran beras dan beras pulut serta dikukus bersama-sama santan kelapa.

Pulau Pinang

Laksa Penang

Setiap family di Penang mesti akan request hidangan ini di pagi raya!

Kedah

Lengat Pisang

Kuih Lengat Pisang antara nostalgia di negeri Perak yang dikukus dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Boleh try yang ni okay!

Perak

Rendang Tok

Rendang Tok makanan warisan negeri Perak ini biasanya disediakan penyediaan hidangannya akan dilakukan lebih awal kerana prosesnya yang agak memakan masa.

Pahang

Puding Raja

Puding Diraja Pahang merupakan antara menu pencuci mulut istimewa yang dihidangkan ketika Majlis Santapan Diraja di Istana Negara. Malah, turut popular di musim perayaan Aidilfitri.

Perlis

Ketupat Palas

Peniaga makanan tradisi ini menjadi pilihan orang Perlis apbila mereka sering mendpaat temahan yang banyak terutamanya musim perayaan. Uniknya, ‘Ketupat Palas Peghelih’ ini menggunakan beras pulut dan pati pantan segara.

Sabah & Sarawak

Kelupis

Kelupis, makanan tradisional yang dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan yang begitu sinonim dengan masyarakat di pantai barat Sabah, khususnya etnik Brunei.

So, yang mana satu pilihan korang?

Sumber: Harian Metro, Saji.my, The Laki,

Syafiqa Irdina