Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 9, 2023 @ 5:33pm

“Ada Beberapa Projek di Indonesia, Thailand & Filipina…” – Ambil Iktibar Kontroversi, Meerqeen Mahu Cemerlang Dalam Kerjaya

Pelakon Meerqeen, 22, terus akan memberikan yang terbaik dalam karier apabila bakal tampil dengan beberapa projek di luar negara kelak.

Menyifatkan tahun 2022 sebagai tahun yang penuh sukses, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam ini memberitahu dia akan fokus dalam karier lakonannya.

“Kalau tahun lepas kira macam tahun saya tetapi tahun ini orang cakap ‘I will be more confident, I will make more’. Saya mahu cakap, setiap tahun adalah tahun saya.

“Banyak projek lagi yang akan dijalankan dan akan dikeluarkan tahun ini. Ada beberapa projek di Indonesia, Thailand dan Filipina tetapi saya tak mahu berkongsi lagi.

“Saya banyak juga kerja di luar, saya perlu stabilkan dan susun baik-baik jadual saya. Semua dalam perancangan lagi.

“Saya akan fokus pada lakonan sahaja, karier saya membesar dari lakonan juga. Tiada siapa yang boleh halang saya, tiada siapa boleh arahkan saya buat itu buat ini kerana kasih sayang saya dekat situ. Saya hanya fokus pada lakonan sampai bila-bila,” katanya.

Meerqeen ditemui XTRA pada Malam Kemuncak Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM), malam tadi.

Mengambil iktibar daripada beberapa kontroversi tahun lalu, Meerqeen berkata dia tekad tinggalkan episod panas dan terus mengorak dengan lebih cemerlang serta mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya.

“Itu ‘lesson learn’ untuk saya, apa yang buruk tahun lalu kita tinggalkan sama ada orang nampak ataupun tidak, yang saya tahu, yang orang tak tahu, Meerqeen akan tinggalkan.

“Saya ambil sinar tahun lalu dan bawakan ke tahun ini. Meerqeen akan menyinar tahun ini. Insya-Allah.

“Biasalah, bila seseorang berada di satu pentas yang orang lain inginkan, selalu ada penghalang dan haters yang akan menjatuhkan. ‘I know myself, I know my strength, my weakness also’,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Gelaran ‘Retis’ Tu Tak Jadi Kudis Pun” – Farah Ahmad Mohon Jangan Pukul Rata Beri Gelaran

Farah Ahmad tampil bersuara susulan kenyataan yang diberikan pelakon popular, Ellie Suriaty berkenaan gelaran ‘retis’ yang sering diberikan kepada penggiat seni.

Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Sharifah Sakinah Hidupkan Watak Ibu Tiri Berilmu Hitam Dalam ‘Qifarah’

Sakinah menghidupkan watak Mawar, seorang ibu tiri yang menyimpan rahsia hitam

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Bapa Hanis Zalikha Alami Pendarahan Dalam Otak Akibat Terjatuh, Ingatan Makin Lemah – “Kalau Lewat Sikit Boleh Hilang Upaya Bercakap…”

Allahu sebagai anak, ni perkara yang kita paling takut kan.. Semoga bapa Keknis cepat sembuh

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

“Terima Kasih Datuk Fizz Fairuz Bawa Saya Ke Malaysia” – Mimi Peri Teruja Lihat KLCC, Syukur Impian Berlakon Filem Tercapai!

Rezeki tak pernah salah alamat! Berkat doa ibu, Mimi Peri akhirnya sampai ke Malaysia ❤️

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Saya Paling Pantang Bila Orang Salahkan Takdir” – Sarimah Ibrahim 

Pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang gemar menyalahkan takdir ketika berdepan situasi tertentu.

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

暌违19年再踏槟城舞台!费玉清经典美声824槟城重现

「小哥」费玉清暌违19年后再度踏上槟城的舞台,让粉丝再有机会一睹小哥的风采!

Trending Thu, 2 Aug 2018
error: Content is protected !!